Negara hadapi masalah multi-dimesi, isu pertanian, harga barang tak pernah selesai






 

Isu harga barang dan pengembangan sektor pertanian telah dibincang dan diberi peruntukan yang besar sejak era Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi pada 2004 lalu.

Namun menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, hal itu tidak pernah selesai meski pun telah melampaui sedekad.

Akibatnya, kata beliau, negara menghadapi masalah pelbagai dimensi, sehingga harga makanan dan jaminan makanan di peringkat rakyat bawahan pun hampir mustahil diselesaikan.

"Kita hadapi krisis muti dimensi yang amat kompleks dari segi politik, ekonomi. Apakah sumber enjin ekonomi yang benar benar mapan? Kita tidak boleh selesaikan sekuriti makanan, jaminan untuk menyelesaikan kandungan dedak haiwan ruminan pun gagal.

"Kita cakap sejak zaman Pak Lah tentang isu nak jadikan pertanian sektor utama, Malaysia nak menjamin kedaulatan dan sekuriti makanan (namun gagal).

"Jadi pada saya, bila kerajaan tidak mahu laksanakan reformasi secara menyeluruh, pemegang AP (permit import pertanian) masih lagi orang yang sama. Maka mereka kisah (peduli) apa (mengenai rakyat), asalkan dapat keuntungan," katanya dalam forum Terus Terang, malam tadi.

Tambah Nurul, masalah besar sejak lebih 20 tahun lalu adalah sektor pertanian masih di bawah dua tiga syarikat gergasi maka masalah monopoli dan mengawal harga berlaku.

PH biar pun memerintah 22 bulan dan pernah mencuba untuk menggunakan beberapa anak syarikat di bawah Kementerian Pertanian bagi proses liberalisasi sektor berkenaan, namun hasilnya tidak banyak.

Oleh itu, katanya, pada Pilihan Raya Umum akan datang PH harus menawarkan pakej penyelesaian lebih radikal dan diyakini rakyat, terutama kepada pengundi muda.

"Kami nak tawarkan kepada generasi X, pada saya adalah sesuatu yang berlainan, iaitu tambah nilai," katanya.

Selain itu, beliau juga memberi amaran agar rakyat jangan memberi terlalu banyak kepercayaan kepada pemimpin yang dalam hati mereka tidak ada sikap prihatin kepada penderitaan golongan bawahan supaya masa hadapan negara tidak menjadi lebih buruk.


No comments: