Nazri Hamdan
Antara dua faktor utama yang akan pengaruhi sistem APM dalam pergerakan harga petrol dan diesel adalah kadar tukaran dan MOPS (mean of platts Singapore).
Memang betul lately Ringgit alami kejatuhan. Tapi secara overall setakat Nov 2024 Ringgit naik nilai sebanyak 2.8% againts USD.
Normal, bila rugi orang akan bising. Tapi kalau kita terbalikkan keadaan, macam mana bila diesel dibeli dengan harga rendah tapi dijual pada harga tinggi since ia bergerak pada harga pasaran? Masa tu bising tak?
Masa untung senyap-senyap, bila time rugi orang akan bising. Memang normal.
So lepas ni, bermaksud semua orang yang nak berniaga stesen minyak memang kena alert pasal resiko perniagaan ni tatkala kita bergerak menggunakan harga pasaran.
Tak boleh expect semua perniagaan akan menjanjikan keuntungan. Ada time akan rugi.