AMK dan PKR perlu bawa rakyat keluar dari masalah yang sedang dihadapi - Adam Adli

 

Astro Awani
AMK dan PKR perlu bawa rakyat keluar dari masalah yang sedang dihadapi - Adam Adli
Adam Adli menjelaskan usaha itu penting ketika mana rakyat sedang dihimpit masalah ekonomi dan kemelut politik yang tiada kesudahan sejak dua tahun yang lalu. - Gambar FB Adam Adli
KUALA LUMPUR: Sekiranya dipilih sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim akan menumpukan usaha untuk menjadikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sebuah parti progresif.
Adam Adli menjelaskan usaha itu penting ketika mana rakyat sedang dihimpit masalah ekonomi dan kemelut politik yang tiada kesudahan sejak dua tahun yang lalu.
"Sebagai sebuah Angkatan Muda Keadilan, iaitu sayap pemuda bagi parti yang mana kita dipertanggungjawabkan dalam menyelesaikan masalah rakyat maka ia perlu menjadi sayap yang paling berani, paling progresif dan mampu mendepani masyarakat dari desa ke bandar, dari kota ke kampung.
"Menawarkan diri sebagai Ketua AMK bukanlah usaha untuk mengejar kedudukan atau jawatan tetapi ia datang dengan satu tanggungjawab yang sangat besar iaitu mengeluarkan rakyat dari kemelut ini, kemelut dihimpit kesusahan yang belum nampak penyudahnya dan trauma pengkhianatan politik.
"Dengan pengalaman yang pernah saya kutip sebagai aktivis baik ketika di kampus dan juga dalam badan sosial, pengalaman ini membentuk satu tekad bahawa saya perlukan wadah politik.
"Wadah ini bagi saya ia boleh sampai ke akar sistem tersebut dan ini lah yang saya rasa penting untuk dikongsi dengan PKR dalam perjuangan mengeluarkan rakyat dari kemelut yang dihadapi hari ini," katanya ketika sesi debat Ketua AMK yang disiarkan di Astro AWANI.
Adam Adli turut menyentuh konsep khemah besar yang kini menjadi perdebatan bukan hanya di kalangan penyokong Pakatan Harapan (PH) tetapi juga dalaman PKR sendiri.
Bagi Adam Adli, khemah besar yang diusahakan beberapa pemimpin PH merupakan strategi politik gabungan tersebut untuk berdepan PRU15.
Namun katanya, apa yang lebih penting adalah pendirian dan prinsip-prinsip yang dibawa oleh wadah politik dianggotai oleh PKR.
"Walau bagaimana sekalipun bagi saya, setiap kali kita membicangkan soal kerjasama politik dengan pihak lain, harus kita ingat di negara ini, setiap gabungan politik adalah gabungan yang dianggotai parti-parti politik yang berbeza. Dinamiknya berbeza.
"PKR merupakan satu-satunya parti politik kontemporari yang merupakan gabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat.
"Saya setuju dengan pendapat yang mengatakan apa juga perbincangan tentang kerjasama politik selepas ini tidak boleh merugikan rakyat dan harus menjauhi unsur-unsur khianat.
"Kita tidak boleh mengulangi trauma sebelum ini. Saya percaya rakyat sudah cukup bijak untuk menilai dimana kita nak letak halatuju kerjasama politik kita," katanya lagi.
Adam Adli, 33, mula dikenali sekitar 10 tahun lepas dengan penglibatannya dalam siri protes terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak serta kelantangannya memperjuangkan kebebasan bersuara serta hak pelajar untuk berpolitik di kampus.
Ketika masih menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli beberapa kali keluar masuk lokap atas tindakan aktivismenya dan tidak pernah berhenti sehingga hari ini dengan yang terbaharu disoal siasat polis berhubung penglibatannya dalam perhimpunan #TangkapAzamBaki.
Pada September tahun lepas, Adam Adli secara rasminya menyertai PKR yang disambut mesra oleh Anwar, dan pada 30 Mac tempoh hari mengumumkan akan bertanding

No comments: