ELOK TAK RUNDING. KALAU RUNDING AHLI BOLEH LARI WOOOO

 

PKR tak pernah runding ‘khemah besar’, kata Saifuddin






facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Calon timbalan presiden PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu tidak pernah berbincang mengenai isu khemah besar termasuk dalam mesyuarat mingguan atau bulanan, malah tiada dalam agenda Majlis Pimpinan Pusat.

SHAH ALAM: Calon timbalan presiden PKR Saifuddin Nasution Ismail mengkritik pencabarnya Rafizi Ramli yang didakwa membawa sentimen “rundingan khemah besar seolah-olah masih berlaku” dalam pemilihan PKR kali ini.

Saifuddin berkata, PKR tidak pernah berbincang mengenai isu “khemah besar” termasuk dalam mesyuarat mingguan atau bulanan, malah tiada dalam agenda Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

“Secara rasmi dalam mesyuarat parti tak pernah bincang. (Pendapat parti) komponen (dalam Pakatan Harapan) lebih kepada sifat perbincangan yang percambahan idea. Bila lihat situasi politik yang berlaku sekarang , kita bincang dan lontarkan idea.

“Sekarang digembar-gemburkan berkaitan rundingan. Rundingan, ertinya khemah besar, itu adalah pertembungan dalam pemilihan parti…itu sentimen yang cuba dibawa,” kata Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR kepada pemberita selepas sesi debat Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar di Sinar Harian.

Dalam sesi debat sebelum itu, Saifuddin beberapa kali diasak berkaitan isu rundingan dalam Pakatan Harapan (PH). Rafizi melihat khemah besar hanya akan menyebabkan parti hilang fokus dalam menyelesaikan masalah rakya

Selain itu, Rafizi turut menyoal Saifuddin alasan dia terlibat dalam perbincangan dengan pemimpin Umno termasuk Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak, supaya Anwar Ibrahim mendapat sokongan sebagai perdana menteri.

Mengakui perkara itu, Saifuddin berkata beliau sekadar diberi mandat oleh PH dan PKR, dan tidak bertindak sendiri.

Beliau turut menegaskan bahawa Anwar sememangnya telah memperoleh jumlah sokongan yang mencukupi untuk menjadi perdana menteri, dan mereka telah menghantar surat kepada Istana Negara dengan semua dokumen undang-undang untuk membuktikan dakwaan berkenaan.

Saifuddin berkata, dia tidak pernah menyesal berunding dengan ahli Parlimen dan parti di luar komponen PH untuk membantu menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata tidak adil untuk Rafizi mengkritik keputusan waktu itu kerana dia bukan sebahagian daripada pembuat keputusan dalam PH.

“Ia keputusan kolektif dan konsensus dalam parti, ia adalah rundingan nak sokongan. Ia rahsia umum dalam kalangan rakyat Malaysia beberapa bulan selepas PH jatuh… bukan kita buat secara sembunyi.

“Keputusan pada momen itu yang dah tinggal lama. Setelah ia tak tercapai dengan pelantikan yang baru, kami dah ‘move on’,” katanya.

No comments: