MENGAPA SEPTEMBER? Tamrin Tun Ghafar

 MENGAPA  SEPTEMBER? 


Tamrin Tun Ghafar 

Ahad - 08/08/2021
(  1 -  29  )



1.   JIKA Agong memilih Mahiaddin  berdasarkan kepercayaan bahawa ketika itu beliau sudah mempunyai sokongan majoriti Ahli - Ahli Dewan Rakyat maka mengapa  Agong TIDAK MENGARAHKAN UNDI PERCAYA DI  LAKUKAN serta merta terhadapnya? 

2.  HANYA 12 hari selepas  dipilih oleh MKT , Hussein Onn ( Tun - Alfatihah )  memanggil Sidang Parlimen  Khas bagi mendapatkan sokongan Wakil Rakyat. 

3.  Abdullah Ahmad  Badawi atau Pak Lah pula telah  mendapat  sokongan majoriti  Parlimen  HANYA  3 hari  selepas menggantikan Dr. Mahathir yang melepaskan  jawatan  Perdana Menteri  selepas 22  tahun memerintah. 

4.  Hussein Onn dan Abdullah  Badawi  TELAH  MENUNJUKKAN  SIKAP Gentelmen dan berani  mereka. 

5.  Sudah setahun 5 bulan  iaitu mulai tarikh beliau Angkat Sumpah Jawatan  di hadapan Agong pada 1hb Mac 2020  sampai ke hari ini  beliau masih berdolak dalih  mengelakkan Undi percaya atau  Tidak Percaya terhadap  beliau - MENGAPA??? 

6.  SEBENARNYA beliau takut rahsia  beliau  MENIPU Agong dan rakyat TERBONGKAR -  beliau seboleh - bolehnya tidak mahu digelar  'PM PENIPU'. 

7.  Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri, Menteri, Timbalan dan Pengurusi - Pengurusi  GLC, walaupun tahu Mahiaddin ini TIDAK  CERDIK dan MENIPU namun demi  kepentingan diri dan keluarga mereka  TERPAKSA TELAN semua itu. 

8.  Ada diantara mereka yang sanggup MELANGGAR keputusan Parti dan sanggup menggambil risiko dipecat dan sebagainya. 

9.  Baru rakyat khasnya pengundi Bera tahu  bahawa Wakil Rakyat yang mereka pilih  selama ini HANYA MENGUTAMAKAN DIRI  DAN KELUARGA - peduli apa rakyat kata!! 

10.  SIAPA NAK BAYAR GAJI, ALLOWANCE YANG BERJUMLAH BERPULUH RIBU  SEBULAN DAN SEGALA KEMUDAHAN JIKA  MEREKA BERHENTI? -  itu persoalan dan jawapan sebenar. 

11.  Biar lebih sejuta rakyat dijangkati virus COVID, biar lebih 10 ribu mati akibatnya dan biar hampir 2 ribu bunuh diri dan biar rakyat  derita kebuluran dan biar kereta dijadikan  tempat tinggal mereka yang tak mampu  menyara hidup - yang penting bagi mereka   'AKU PERDANA MENTERI , TIMBALAN, MENTERI dan PENGURUSI GLC; yang penting keluarga aku boleh kesana kesini dengan kereta mewah dan pemandu dan anak - anak pula boleh tayang kereta sport - itu yang aku peduli dan kisah!! 

12.  Sesekali majoriti rakyat diberi 'bantuan makanan dan ada yang menghulur wang ringgit walaupun boleh digunakan sehari dua sahaja, dan ada yang mengambil kesempatan MENAMPAL wajah mereka  dikotak dan barang - barang yang diberi seperti pepatah 

MENIMBA DI AIR YANG KERUH 

13.   Rakyat sudah celik, mereka tahu  memilih dan menggunakan kuasa apabila sampainya Pilihanraya Umum nanti. 

14.  Mereka BUKAN BODOH DAN TIDAK  BOLEH DITIPU lagi oleh mereka yang MELOMPAT dan MENGINGKARI Parti seperti SEMBURIT dan konco - konconya yang lompat dari PKR, Hamzah Zainuddin dan pengikut - pengikutnya dan yang terbaru Ismail Sabri , Naib Presiden UMNO, Hisham ( anak Tun Hussein ), Khairy Jamaluddin ( menantu Pak Lah ), Salim dan Jalal dan ramai lagi yang SANGGUP MENDERHAKA kepada Parti  HANYA disebabkan duit dan kemudahan yang dinikmati - bagi mereka kesusahan rakyat  adalah perkara kedua. 

15.   Mahiaddin dan beberapa orang Menteri  sanggup menentang Agong dan Raja - Raja Melayu asalkan beliau boleh terus berkuasa - untuk apa? Itu bak kata pepatah : 

    TEPUK  DADA
    TANYA  SELERA 

tapi mereka MESTI  INGAT  : 

     SEPANDAI 
     PANDAI TUPAI
     MELOMPAT
     PASTI  AKAN
     JATUH
     KE TANAH JUA 

16.   Kalau dulu kedudukan Mahiaddin seperti : 

     NYAWA  
     DI HUJUNG
     TANDUK 

tapi kini nyawa beliau umpama : 

     NYAWA  
     DI HUJUNG
     PEDANG 

atau dalam kata lain  seperti 

     NYAWA - NYAWA
     IKAN  sahaja 

sebenarnya kain kafan sudah pun disediakan 

17.   Apakah mereka tidak tahu atau sama bodoh seperti Mahiaddin, apabila Mahiaddin jatuh maka seluruh Menteri, Timbalan dan Pengurusi GLC akan turut sama , dan TIDAK  MUSTAHIL  'RIVER  OF  BAMBOO' atau  Penjara Sungai Buluh menanti kehadiran sesetengah mereka kelak. 

18.  TUJUAN UTAMA cadangan kepada Agong melakukan UNDI PERCAYA bulan September ini ialah bagi memberi masa untuk beliau  memperolehi sokongan secukupnya justeru  segala usaha seperti ugutan oleh beberapa agensi pasti digunakan sepenuhnya, dalam masa sama tawar menawar berlangsung; yang pasti HARGA KATAK walaupun berada didalam longkang akan naik 

19.  Baru - baru ini 3 orang MP dari Parti DAP  ditawarkan RM30 juta seorang, jawatan Menteri jika mereka sanggup lompat sokong Mahiaddin; ini bukti berapa tenat dan paniknya Mahiaddin 

20.  TIDAK HAIRAN jika tiba - tiba Tan Sri Noor Hisham juga berubah wajah - dari Pegawai yang disanjung ramai disatu ketika dahulu  kepada seekor : 

    LEMBU  DI 
    CUCUK  HIDUNG 

21.  Tiba - tiba seminggu dua sebelum Bersidang 50 orang Wakil Rakyat dan Kakitangan Parlimen disahkan pembawa kuman COVID maka  Parlimen sekali lagi tidak boleh Bersidang. 

22.   Itulah taktik yang digunakan Mahiaddin bagi terus berkuasa sehingga PRU nanti, dan seperti berbagai dakwaan mungkin boleh melakukan rompakan demi rompakan. 

23. Bukan sahaja polis dan agensi lain digunakan malah tidak ketinggalan  Khutbah Jumaat  pun dilibatkan juga. 

24.  Hampir setiap waktu TV dan Radio  menyiarkan propaganda sama ada MEMUJI Kerajaan mahupun MENYALAHKAN Parti - Parti Pembangkang. 

25.   Azhar Harun, Speaker Dewan Rakyat dan abang beliau, Idrus Harun, Peguam Negara, tak ubah seperti khadam yang hanya bertindak mengikut arahan Tuannya sahaja. 

26.  Kita akan menyenaraikan nama - nama Wakil Rakyat UMNO dan katak - katak lain yang telah MENDERHAKA pada pengundi mereka. 

27.  LAKUKAN APA SAHAJA DEMI MENYELAMATKAN NEGARA DAN RAKYAT. 

28.  Terserahlah kepada Agong dan Raja - Raja Melayu menilai yang mana perlu diutamakan, Mahiaddin seorang atau 32 juta rakyat. 

29.  HANYA  QURAN SAHAJA YANG TIDAK BOLEH DIUBAH SUAI DAN DIPINDA, YANG  LAIN ADALAH CIPTAAN MANUSIA.


Wassalam
Terima Kasih