KENYATAAN MEDIA GERAK 98

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Reformasi.
GERAK98 melahirkan rasa dukacita diatas sikap Ahli Ahli Parlimen dari PN terutamanya UMNO yang menunjukkan sikap tidak professional malah tidak menghormati suara anak muda ketika MP Muar YB Syed Saddiq sedang membahaskan usul pengundian Speaker Dewan Rakyat pada Isnin 13 Julai 2020 setelah diberi laluan oleh YB Langkawi Tun Dr Mahathir.
Perkara paling pelik dalam sejarah Parlimen Dunia sejak 800 tahun dan inilah pertama kali berlaku dalam negara kerana kemaruk kuasa dan menghalalkan cara demi mempertahankan kuasa tanpa mandat rakyat.
Tiada sebab atau kesalahan yang dilakukan Speaker Dewan Tan Sri Mohammad Ariff Md Yusof malah beliau seorang Speaker Dewan yang paling Adil dan menggalas tanggungjawab menurut Perlembagaan Negara.
YB Syed Saddiq seorang anak muda berdiri untuk menyatakan ketokohan Speaker namun terus diganggu gugat, diherdik malah ucapan beliau diganggu oleh Orang Orang Tua yang seakan tiada pelajaran, biadap serta kebudak-budakan.
GERAK98 yakin, ramai anak anak muda semakin marah dengan apa yang berlaku di Parlimen pada tarikh ini.
Dunia juga mentertawakan kita, namun bagi Perdana Menteri Tebuk Atap, Maruah, harga diri tidak penting. Apa yang penting bagi dirinya dan kebanyakan Ahli Ahli Parlimen PN adalah JAWATAN.
GERAK98 akan menggandakan usaha untuk bersama golongan muda bagi persediaan menghadapi PRU15 dan amat yakin bahawa anak anak muda yang boleh mengundi akan menghukum seluruh Calon Calon PN dan sekali lagi Kerajaan yang songsang ini akan terus ditolak oleh Rakyat Malaysia.
12 Julai 2020
Sekretariat GERAK98 Nasional


No comments: