Adakah Islam masuk Tanah Melayu dengan Hudud?
Kredit: Ustaz Ali Muda (Abu Mishkat)
1. Sejarah kita mencatatkan bahawa Islam sampai ke Tanah Melayu melalui para pendakwah Arab (khususnya dari Yaman). Ini pendapat terkuat kerana banyak nama orang Melayu ikut nama Arab, tak ikut nama India muslim. Jadi pendapat yang mengatakan Islam datang melalui India muslim mungkin tak berapa kuat.
2. Hal itu berlaku sejak sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi.
Kerana tarikh yang tercatat pada Batu Bersurat Terengganu ialah tahun 1303M, iaitu lebih kurang seratus tahun lebih awal daripada tarikh Parameswara masuk Islam.
3. Kalau 1303M itu orang Islam di Kuala Berang, Hulu Terengganu sudah pandai memahat batu dengan tulisan jawi, sudah tentu orang yang memahat batu itu sudah ada tamadun tertentu.
Kalau orang itu baru masuk Islam, tak mungkin dia sudah pandai memahat tulisan jawi.
Jadi Islam sampai di Tanah Melayu, khususnya Terengganu lebih awal daripada tahun 1303M lagi.
4. Tidak kisahlah pasal itu, bukan saya nak berbahas pasal tarikh kemasukan Islam di Tanah Melayu sebenarnya.
5. Di sini saya ingin mengajak rakyat Malaysia sekalian berfikir bagaimana para pendakwah zaman dulu mengajak orang Melayu yang dikatakan asalnya beragama Hindu (di sekitar Kedah) atau tak beragama (pagan / animist) kepada agama Islam.
6. Adakah para pendakwah dahulu kala mengajak orang Melayu kepada Islam dengan mengatakan kita hendaklah menjalankan hukum hudud?
Tiba2 sahaja datang dengan mengajak buat hudud.
Tak mungkin.
7. Adakah para pendakwah itu mengajak orang Melayu supaya meningggalkan bid’ah, kerana setiap bid’ah itu sesat, dan setiap yang sesat akan masuk neraka?
Tiba2 sahaja ajak tinggalkan bid’ah.
Tak mungkin.
8. Adakah para pendakwah dulu ajak orang Melayu berhimpun dan buat debat antara agama untuk membuktikan Islam sahaja agama yang benar?
Rasanya jauh daripada kemusabahan yang boleh diterima oleh kita semua.
Memang tak berlaku pun begitu.
9. Sejarah membuktikan para pendakwah itu datang sebagai peniaga.
Mereka masuk ke bandar dan kampung2 Melayu menjaja barangan sambil menunjukkan akhlak yang mulia.
Mereka mengajak kepada cinta Rasulullah s.a.w. yang membawa rahmat untuk sekalian alam.
10. Mereka bergaul secara damai dengan masyarakat Melayu (ta’ayusy silmi / peaceful co-existence) dan orang Melayu pun percaya kepada mereka.
Ramai daripada mereka bersemenda dengan orang Melayu dengan mengahwini anak-anak gadis Melayu.
Kalau perangai mereka tak elok, manakan mahu si bapa mengahwinkan anak gadisnya?
11. Ketika itu, sudah tentu ada dalam satu keluarga itu percampuran agama.
Ada bapa yang sudah masuk Islam, anaknya belum.
Atau anaknya sudah masuk Islam, ibu bapanya belum Islam.
Atau anaknya sudah masuk Islam, ibu bapanya belum Islam.
Yang pasti orang Melayu ketika itu tidak ditakutkan dengan DAP atau agenda Kristian Evangelist oleh para pendakwah!
12. Berbeza dengan trend dakwah kini.
Pendakwah yang balik dari Timur Tengah khususnya pada tahun 1970an dan 1980an merasakan Islam orang Melayu tak betul, maka mereka hendak membetulkan Islam orang Melayu dengan parti Islam.
Pendakwah yang balik dari Timur Tengah khususnya pada tahun 1970an dan 1980an merasakan Islam orang Melayu tak betul, maka mereka hendak membetulkan Islam orang Melayu dengan parti Islam.
13. Mereka mula berdakwah dengan mengkafirkan orang Melayu dalam parti kaum Melayu atas alasan parti Melayu itu bekerjasama dengan parti kaum Cina dan India.
Puluhan tahun mereka berdakwah dengan cara itu.
Puluhan tahun mereka berdakwah dengan cara itu.
14. Ditakdirkan pendakwah parti Islam itu dapat jadi sebahagian daripada kerajaan Barisan Nasional 1974-78.
Lenyaplah dakwah takfir seketika.
Lenyaplah dakwah takfir seketika.
15. Bila mereka dikeluarkan daripada kerajaan Melayu yang berpaksikan parti Melayu, dakwah takfir hidup semula.
Tetapi dakwah takfir pusingan kedua itu ditambah dengan alasan baru, iaitu Melayu parti kebangsaan kafir kerana tak laksanakan hudud dan mengekalkan perlembagaan penjajah.
16. Kini pendakwah parti Islam dapat rezeki menjadi kerajaan secara tebuk atap bersama Melayu parti kebangsaan.
Memang sejak 3 atau 4 tahun terakhir, tok guru parti Islam sudah membatalkan dakwah takfir dengan dakwah ‘gagasan politik matang dan sejahtera’.
Tiada perubahan apa-apa dalam status quo hudud dan perlembagaan, tapi takfir sudah dihapuskan dengan dikri terbaru tok guru.
17. Di samping dakwah takfir itu, ada satu lagi jenis dakwah yang dibawa balik dari Timur Tengah juga, khususnya Jordan dan Saudi (bukan bermaksud generalisasi, kerana ada juga lepasan Mesir dan IPTA yang terjebak sama).
Mereka itu merasakan orang Melayu tak cukup Islam kerana tak cukup sunnah.
Mereka sahaja yang tepat dan betul Islamnya.
Perbezaan pandangan hampir tak wujud kerana kebenaran hanya satu, iaitu apa yang mereka pegang, yang ikut sunnah.
18. Maka dakwah mereka ialah untuk mensunnahkan orang Melayu dan menjauhkan mereka daripada bid’ah dholalah yang membawa ke neraka, pada fahaman mereka.
Isu2 yang mereka bawa asalnya isu khilaf tahunan (annual disputes) atau amalan furu’ seharian, seperti sambutan Awal Muharram, Ma’al Hijrah, Maulidurrasul, bacaan Yasin malam Jumaat, tahlil untuk orang mati, bacaan talqin, bacaan qunut Subuh dan seterusnya.
Bagi mereka orang Melayu mundur kerana mengamalkan bid’ah2 sesat itu. Bahkan ada di antara mereka yang ekstrim dalam membid’ahkan (tabdi’) semua orang yang berbeza pendapat dengan mereka, dengan gelaran Ahlul Bid’ah.
19. Namun akhir2 ini mereka sudah mencampuri politik. Mungkin mereka mula nampak, dengan pengaruh kuasa politik, projek pensunnahan orang Melayu boleh diberdayakan lagi. Bahawa mereka sangat kelaparan jawatan untuk menguatkan pengaruh sunnah mereka itu sangat menjolok mata masyarakat pada waktu kini.
20. Kedua2 jenis dakwah ini, iaitu takfir dan tabdi’, sangat jauh berbeza dengan dakwah para pendakwah yang mula2 membawa Islam ke Tanah Melayu. Dakwah dulu menyatukan, dakwah takfir dan tabdi’ pula memecahkan orang Islam. Dakwah dulu mengIslamkan orang yang belum Islam, dakwah takfir dan tabdi’ mengeluarkan orang Islam yang sudah Islam daripada Islam, atau paling tidak pun, tuduhan sesat.
Dakwah dulu dakwah rahmatan lil alamin, dakwah takfir dan tabdi’ sama2 anti gagasan rahmatan lil alamin. Dakwah dulu tak takutkan orang Melayu dengan apa2 ancaman, dakwah takfir dan tabdi’ sama2 menakutkan orang Melayu dengan DAP atau agenda Kristian. Hatta 3 negeri Melayu yang tiada sebuah kerusi DAP pun ditakutkan dengan DAP juga. Malangnya 3 negeri Melayu itu paling corot dari segi perkembangan ekonomi. Tak apa, yang penting dapat kerajaan Melayu Islam walaupun secara tebuk atap.
Demikianlah serba sedikit perbezaan dakwah kepada Islam dulu dan kini, sebagai bahan renungan kita bersama.