Mudahnya Najib memesongkan pemikiran rakyat


Norman Radzuan


 Mudahnya Najib memesongkan pemikiran rakyat

TIDAK HILANG BISANYA ANWAR…


Malam tadi mengiyakan gelaran netizen kpd Najib hanyalah pemidato FB. Sgt berbeza Najib mengulas di FB dan Twitter dgn aksinya secara ‘live’ dlm debat bersama DS Anwar. Dapatlah kita lihat Najib bukanlah sehebat aksinya seperti di Facebook.


Malam tadi juga membuktikan Anwar tidak hilang bisanya. Petah bicaranya masih berbisa dan diselangi dgn gelak ketawa walaupun audience tidak dibenarkan bersorak, bertepuk tangan atau sebarang provokasi.


Bagi saya tiada kepuasan pendebatan malam tadi kerana peraturan yg terikat dgn masa dan pendebat tidak dibenarkan utk berhujah keluar konteks.


Jika boleh bicara apa sahaja dan dgn lebihan masa… malam tadi Najib bukan sahaja mukanya merah padam tapi akn terima pukulan TKO. Persoalannya benarkah hanya isu Sapura sahaja yg dibenarkan??? 


Sedikit ulasan mengenai pendebatan malam tadi…


1. Najib memberitahu Sapura boleh diselamatkan tanpa menggunakan wang rakyat dgn mencadangkan Petronas mengambil alih Sapura😂 Bijakkan Najib memesongkan fikiran rakyat. Yg jenis diberi akal tidak menggunakannya pasti akn bertepuk tangan Najib bijak. Sebenarnya Najib tidak bijak dia hanya membodohkan kalian… Petronas adalah milik rakyat! Ia adalah sumber minyak negara bukannya negara luar.


Sdgkan sepatutnya siasatan perlukan dilakukan terhadap Sapura bagaimana syarikat ini boleh kerugian berbillion billion ringgit. Mana boleh bantu dgn membiarkan begitu sahaja bagaimana Sapura diuruskan kerana bantuan yg ingin  disalurkan adalah dari wang rakyat. Sdgkan CEO Sapura diberi gaji RM 200,000 sehari… ini kerja orang gila.


2. Najib kata kerajaan bawah Ismail memberikan I-Citra RM10k. Terpesona pentaksub Najib. Duit kita sendiri diangkat Najib sebagai bantuan kerajaan membantu rakyat yg memerlukan wang. Kesian rakyat dibodohkan oleh Najib begitu sahaja.


3. Najib menyerang Anwar isu perlantikan Peguam Negara dan Pengarah SPRM. Seperti kata Zaharin (ZMY) Najib perlu makan ubat😀 Anwar tidak pernah menjadi Perdana Menteri atau di dlm kerajaan sepanjang 22 bulan PH memerintah.


4. Najib cerita tentang kek besar yg memakan dirinya atau memberi bola tanggung kpd Anwar menyerang. Anwar kata dapat kek besar makan sorang. Saya nak tambah kek besar, Najib makan dgn Rosmah dan Jho Low sahaja… rakyat hanya makan ‘angin’.


5. Anwar berulang kali mengulas perlu forensik siasatan pengurusan kewangan Sapura. Najib berulang kali mengulas mengenai perlunya GST. Awas jika BN memang jgn terkejut GST akn diperkenalkan semula kerana itulah sahaja idea Najib yg ada utk menjana pendapatan negara. Ambil duit dari rakyat dan digunakan oleh kroni. 10 utk diri sendiri dan kroni, 1 utk rakyat.


GST bakal membuatkan negara mengalami inflasi. Rakyat dibodohkan dgn pemberian BRIM RM 1k tapi cukai GST setahun ada yg mencecah melebihi RM 5k mengikut perbelanjaan tanpa mengira kelompok B40, M40 dan T20. 


Kadang2 kita nak jelaskan dkt rakyat di luar bandar jgn gunakan ayat inflasi seperti kita gunakan ayat korupsi utk isu rasuah. Gunakan ayat mudah. Jelaskan inflasi itu adalah kenaikkan harga barang yg dijangka akn berlaku beberapa bulan lagi.


6. Najib sebenarnya berbicara mengenai Sapura ini pada pusingan pertama tetapi selepas itu dia terus mengalihkan isu tanpa disedari dgn mengheret kpd ‘kempen’ pilihanraya. Najib menceritakan jasa2nya sewaktu menjadi PM seperti pemberian BRIM yg dihujah oleh Anwar sebagai gula2 politik semata mata.


Najib ‘berkempen’ lagi tentang projek lebuhraya Pan Borneo dan projek MRT😀 Yg lucunya moderator pun terkhayal dgn ucapan Najib yg menggunakan kesempatan live ini utk ‘berkempen’. Kes Sapura entah ke mana.


7. Yg melucukan Najib dgn selamba berhujah… King itu adalah rakyat. Kamus Dewan Bahasa atau Kamus Oxford mana yg dibaca Najib ini. Dah setengah abad umur saya baru tahu rupanya King itu rakyat. Memang muka selamba Najib ini kalau berbohong 😂😝


Kisah lucu ini tidak berakhir di situ. Disambung pula ke Bangunan UMNO kononnya utk menyambut kejayaan Najib berdebat. Ini betul2 melucukan.


Moralnya Najib menggunakan pendekatan populis. Najib akn menggunakan apa cara sekalipun utk dilihat dia peduli rakyat. 


Najib bicara Sapura perlu diselamatkan kerana terbukti Petronas syarikat yg expertise dlm pengurusan korporat. Persoalannya bagaimana Sapura boleh menjadi antara syarikat terbesar dunia sebelum ini? Adakah ia diuruskan oleh bukan pakar dlm dunia korporat?????


Anwar pula seorang yg execution iaitu merencanakan sesuatu dgn betul dan berkhemah. Anwar tidak mahu  suntikan berbillion atau bailout seperti kpd MAS terus diamalkan hanya utk memberikan kesenangan kpd tokoh2 korporat. Anwar mahu baik tadbir urus mesti diperbetulkan bukannya saban tahun berpuluh billion duit rakyat digunakan begitu sahaja.


Najib jelas sgt mementingkan kepentingan korporat berbanding Anwar yg membicarakan nasib rakyat marhaen. Najib mahu projek2 besar diutamakan utk menjana ekonomi berbanding dgn Anwar mahu nasib org miskin dibela lebih diutamakan.


Anwar berbicara tentang rompakan harta rakyat dan salah guna kuasa. Najib cuba berbicara isu yg sama tetapi nampak tempang kerana dia sendiri terpalit dgn isu rasuah dan didapati bersalah. Malah nama negara terkenal kerana isu rasuah 1MDB. Umum juga tahu cukai Najib kpd LHDN lebih RM 1 billion masih belum diselesaikan.