KUALA LUMPUR: Individu yang sebelum ini berlaku biadap terhadap bintang terkenal Allahyarha Adibah Noor menerusi ruangan komen di Facebook tampil membuat permohonan maaf.
Dikenali dengan nama Ibnu Ahmad Ar-Rayyan, lelaki itu merakamkan kemaafannya menerusi akaun Facebook terbaharu iaitu Ibnu Ahmad Ar-Rayyan III.
“Saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Adibah Noor khususnya dan kepada semua rakyat Malaysia, serta peminat Allahyarham khasnya di atas komen saya tempoh hari.
“Saya akui perkara ini atas kejahilan saya sendiri dan saya amat kesal di atas kekhilafan saya.
“Saya berjanji tidak mengulangi lagi di masa hadapan, Insya-Allah. Moga roh Adibah Noor ditempatkan dalam kalangan para solehah,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, Ibnu turut memaklumkan semua akaun Facebook telah disekat.
“Tak pasti dapat kembali atau tidak. Sekali lagi saya mohon jutaan ampun dan maaf. Tolong tularkan status saya,” katanya lagi.
Terdahulu individu tersebut melayangkan kecaman terhadap arwah yang menyentuh perihal kewajipan menutup aurat.