Jika penasihat anda seorang yang lemah seperti Dr "KAYU" maka Isu Zuraida telalu lama untuk diambil tindakan.

 


Nur Jazlan Mohamed berkata, tidak pernah ada perdana menteri Umno
 selemah Ismail Sabri Yaakob dalam sejarah negara.

PETALING JAYA: Kelewatan membuat keputusan mengenai jawatan Zuraida Kamaruddin dalam Jemaah Menteri menjadi petunjuk kedudukan lemah Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, kata Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed.

“Bercelaru dan mencerminkan kedudukannya yang lemah,” kata Nur Jazlan.

“Beliau tidak boleh buat keputusan atau menegaskan kuasanya kerana menjadi ‘tebusan’ pihak tertentu.

“Hakikat beliau lambat buat keputusan menunjukkan bahawa beliau mungkin sedang berlengah. Sudah lebih dua minggu (Zuraida) meninggalkan Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beliau masih dalam Jemaah Menteri.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Tidak pernah seorang perdana menteri Umno selemah ini dalam sejarah negara.”

Nur Jazlan mengulas mengenai Ismail tidak menyatakan sama ada menteri perusahaan perladangan dan komoditi itu akan digugurkan dan digantikan dengan ahli Parlimen Bersatu lain atau beliau akan terus dibenarkan mengekalkan jawatan itu sehingga pilihan raya umum akan datang (PRU15).

Beliau berkata, jelas sekali ini bukan kerana menteri itu penting memandangkan terdapat begitu ramai ahli Parlimen lain yang mampu mengendalikan kementerian itu.

Apabila ditanya sama ada beliau berpendapat Ismail mungkin bimbang tiga ahli Parlimen PBM mungkin menarik balik sokongan mereka, yang boleh menjejaskan undian rang undang-undang pada mesyuarat Parlimen akan datang, Nur Jazlan berkata, sebarang kemungkinan boleh berlaku apabila kedudukan perdana menteri lemah.

Semalam, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menggesa Ismail supaya segera membuat keputusan mengenai jawatan menteri Zuraida kerana beliau sudah mempunyai calon untuk menggantikannya. Katanya, beliau sedang menunggu untuk bertemu Ismail.

Pada Ahad, Zuraida berkata, beliau berharap Ismail akan membenarkannya terus memegang jawatan itu kerana perlu menyelesaikan banyak program yang dimulakannya.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, Ismail tidak seharusnya didesak oleh mana-mana pihak untuk menggantikan Zuraida pada ketika ini kerana PRU15 semakin hampir.

“Tidak masuk akal untuk menukar menteri, mendakwa ia adalah kuota Bersatu, apabila PRU semakin hampir. Mengekalkan status quo adalah langkah yang bagus.

“Perdana menteri tidak seharusnya tunduk kepada sebarang tekanan kerana ia adalah hak prerogatifnya sama ada untuk menggantikan atau mengekalkan Zuraida,” katanya.

No comments: