Ibu Adib kecewa dan sangat bersedih
NORMAN RADZUAN
Saya sedih sgt bila melihat kedua wajah ibu bapa arwah Adib. Nyata dari raut wajah mereka ini orang yg baik-baik.. lemah lembut orangnya. Isu anak mereka telah dijadikan modal utk pemimpin-pemimpin Melayu memainkan sentimen bagi merampas kuasa.
Akhirnya mereka berdua sendirian. Kedua org tua Adib telah diberi harapan menggunung membuat keduanya amat berharap kematian anak mereka mendapat pembelaan.
Hari ini ibu Adib melahirkan rasa kekecewaan pada pemimpin kerajaan skg apabila kes anaknya ditutup. Segala jenis fitnah digunakan ketika itu. Kes Adib hanya satu dari puluhan cerita-cerita fitnah yang orang Melayu telah dirosakkan pemikiran mereka.
Apa yang orang Melayu dapat lihat seorang demi seorang pemimpin rasuah berjuta ringgit dilepaskan. Yg puak lagi satu sibuk membeli kereta Velfire masing-masing dgn no plat puluhan hingga ratusan ribu. Projek mega dari puluhan hingga billion ringgit aktif di kalangan mereka.
Jgn sedih wahai ibu Adib kerana anda bukan mangsa penipuan pertama....ada puluhan ribu lagi di Padang Merbok sana.