PAS NAK GAYUT PADA BERSATU PULA DEMI KUASA ? ZAHID TAK MAHU LAGI BERSAMA MN

 

Ada lagi ke Muafakat Nasional, Zahid cadang semua tanding solo


Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu akan bertanding secara solo bawah panji BN dan hanya akan berunding dengan parti lain selepas pilihan raya umum.

Ahli Parlimen Bagan Datuk ini bahkan mempersoalkan jika Muafakat Nasional (MN) masih lagi wujud apabila ditanya mengenai keuntungan untuk kekal dalam kerjasama bersama Pas itu.

“Ada ke Muafakat Nasional ni lagi? Kalau apa yang dipanggil oleh netizen bahawa Umno telah dikhianati, saya fikir elok Umno bertanding terus secara solo menggunakan panji-panji Barisan Nasional,” katanya.

Zahid berkata demikian dalam satu bual bicara yang kemudiannya tular di media sosial.

Bekas Timbalan Perdana Menteri yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah itu berkata rundingan bagi membentuk kerajaan hanya akan dilakukan selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diperoleh.

“Kalau kita mahu membentuk kerajaan pun selepas parti-parti bertanding di seluruh negara mendapat keputusan, berapa kerusi yang diperoleh parti-parti, baru perundingan boleh dilakukan,” kata Zahid lagi.

Untuk rekod, Umno pada masa ini memiliki 38 kerusi Parlimen manakala Pas mempunyai 18 kerusi.

MN dilihat ‘sepi’ sepanjang tempoh 17 bulan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Bersatu.

Malah, Timbalan Pengarang Mingguan Malaysia, Zulkifli Jalil pernah menggambarkan Pas disambar Bersatu untuk membentuk PN menyebabkan Umno seperti “ditinggalkan isteri”.

Walau bagaimanapun, Pas kembali menyebut tentang MN menjelang penamaan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Sikap Pas yang berada dalam dua gabungan parti politik iaitu MN dan PN itu mengundang tanggapan bahawa Pas bermain dua ‘kolam’.

Pas juga dilihat cuba mengambil peluang dalam proses rundingan pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU-15.

Walau bagaimanapun, Pas menganggap partinya sebagai penyatu dengan menegaskan usaha memperkasa MN dan mempertahankan PN.

Berebutkan sasaran pengundi Melayu dan kawasan luar bandar yang sama dengan Umno dan Bersatu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun didakwa sudah mempunyai strategi untuk lonjakan Pas pada PRU-15.


No comments: