NAK HARAP 2 "BINGAI" NI NAK BUAT APA- SEMBANG JA PANDAI...

 

Gara-gara prestasi buruk Rina dan Zailah, Ismail Sabri lantik Azalina sebagai Penasihat Khas PM yang baru


Gara-gara prestasi buruk Rina dan Zailah, Ismail Sabri lantik Azalina sebagai Penasihat Khas PM yang baru



Dua ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Najib Razak dalam menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dilantik memegang jawatan dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said yang meletakkan jawatan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat dilantik sebagai penasihat khas perdana menteri bagi hal ehwal undang-undang dan hak asasi.

Sementara Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub dilantik sebagai pengerusi Felcra Bhd.

Jazlan mengumumkan menarik sokongan terhadap Muhyiddin pada 9 Januari.

Pengerusi Umno Kelantan itu juga meletakkan jawatan daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia selepas menyatakan tidak berpuas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional.

Sementara itu, Azalina meletakkan jawatan sebagai timbalan speaker pada 23 Ogos lalu.

Beliau berkata konflik antara peranan parti dan ahli Parlimen kerajaan sebagai antara alasannya selain menggesa jawatan speaker dan timbalan speaker dilantik dalam kalangan mereka yang tidak berpihak dan memegang jawatan politik.

Penarikan sokongan mereka berdua menjadikan majoriti dimiliki Muhyiddin rapuh sehingga terpaksa meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada Ogos lalu.

No comments: