Tuduhan terhadap Azmi Baki berniat jahat, kata Dusuki. Kalau perkara tak ada yang diada-adakan tu bolehlah nak kata berniat jahat. Tapi saham itu memang wujud. Azam Baki sendiri mengakuinya.
Macam seorang yang mencuri di tempat kerja. Bila kawannya adukan kepada majikan, adakah boleh kita sifatkan kawannya itu cuba menjatuhkannya? Sedangkan tindakan dia mencuri itu yang boleh merugikan syarikat.
Lainlah kalau akaun itu tak wujud. Itu baru boleh kata berniat jahat. Ini dah macam kes Azmin. Sendiri rakam video, lepas tu bila tersebar, nak tangkap orang yang edarkan video. Yang kes dia buat tak senonoh tu tak diendahkan.
Sekarang ini, berniat jahat atau tidak, biarlah kes ini disiasat secara saksama. Itupun kalau disiasat oleh badan bebas. Kalau disiasat oleh mereka yang boleh dikawal oleh PM, tak guna juga.
Paling aku suka dalam tulisan Dusuki ini, bahagian dia kata mereka yang menuduh Azam sekarang ini sedang menggelupur. Dia ni kalau bab cakap syok sendiri memang dialah orangnya.
Orang tu nak menggelupur buat apa? Sebab semua yang dituduh itu disahkan benar oleh Azam sendiri. Sekarang ini Azam yang kena jawab sebab alasan yang akaunnya digunakan oleh adiknya tak masuk akal.
Baguslah kalau Dusuki nak bersama kebenaran. Tapi buat kenyataan membela sebelum siasatan yang adil dijalankan itu bukan kebenaran. Itu bodek yang jelas dan nyata. Syukur tauliahnya mengajar di Selangor dah ditarik balik.
Raja Gelap