TERIMA KASIH KERAJAAN.....KAMI SOKONG LAGI DEMI KEHIDUPAN KAMI YANG DAIF.....

 


Giliran Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula hari ini memberi jaminan bahawa tarif baharu elektrik yang akan diumumkan dalam masa terdekat bagi tahun ini sehingga 2024 tidak akan membebankan rakyat.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, tarif baharu melibatkan akaun industri dan komersial itu juga akan memberi manfaat terutama kepada hampir 85 peratus daripada lapan juta pemilik akaun domestik di seluruh negara.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Pas itu berkata, keadaan negara sekarang yang baharu pulih daripada pandemik Covid-19 dan krisis ekonomi berikutan wabak itu telah menjadi pertimbangan kepada kerajaan dalam menentukan kadar baharu tarif elektrik.

“Kerajaan telah mengkaji (perkara ini) dan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

“Namun, saya menjamin ia (tarif elektrik) tidak akan membebankan rakyat khususnya pemilik akaun domestik iaitu akaun rumah,” lapor Bernama.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga ayam dan telur akan melonjak naik lebih tinggi jika tiada intervensi daripada kerajaan.

Menurutnya, kerajaan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa mengambil langkah proaktif untuk mengimbangi kenaikan harga ayam dan telur di pasaran.

Jelasnya, isu kenaikan harga ayam membabitkan kos operasi yang dipengaruhi pasaran dunia amat mencabar dan memerlukan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi.

“Walau bagaimanapun, KPDNHEP akan terus memantau kenaikan harga dari semasa ke semasa dan memberi jaminan akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga kebajikan kedua-dua pihak iaitu pengguna dan peniaga,” kata Nanta lagi.

No comments: