1. Barangkali pihak yang laksana kempen Takfiri semasa pilihanraya dan berjaya memenangi dengan cara itu anggap perbuatan mereka akan tamat disitu.
2. Sebenarnya itu mengesahkan lagi elemen Khawarij yang telah diingatkan oleh Nabi s.a.w. akan terus wujud bahkan Dajjal muncul dikalangan mereka.
3. Fikrah Takfiri Khawarij itu telah 'menawan' fikiran ramai orang Melayu, anak2 muda dan asatizah.
4. Yang timbul di Whatsapp dan Media Sosial hanya 'tips of iceberg'.
5. Asatizah yang telah terpedaya dengan kempen Takfiri Khawarij wajar mengkaji semula terlalu banyak hadith2 Nabi s.a.w berkaitan ancaman Khawarij ini.
6. Taubat dan Islah adalah jalan kedepan. Perbaiki semula fikrah masyarakat yang telah dirosakkan dengan ceramah, hujah dan bayan.
Ahmad Mursi