AGENDA 'SWING' ISU BERJAYA KERANA TERPESONA

 

 NORMAN RADZUAN


AGENDA 'SWING' ISU BERJAYA KERANA TERPESONA

 


May be an image of one or more people and text that says "Selepas Eurocham, KSI pula mohon Agong gerakkan tentera bantu percepat vaksinasi May 29, 2021 10:00 pm"






Banyak juga saya terbaca di wall apabila ada rakyat bergaduh sesama rakyat kerana peningkatan kes Pandemik ini. Siapa yang berkata demikian bagi saya mereka sudah terpedaya atau terpesona dengan agenda 'swing' isu dari kelemahan sendiri kepada pihak lain.

 

Seperti Amerika mengalihkan isu matlamat utama mereka menyerang Afghanistan dgn mengaitkan Osama Laden. Dlm politik kita panggil 'pecah dan perintah'. Dlm kes Pandemik ini kita panggil menutup kelemahan dgn mengalihkan isu.

Sebab apa saya kata begitu... setakat ini saya tidak pernah melihat rakyat Malaysia keluar ke tempat awam tanpa memakai mask jauh disiplin mereka lebih baik dari sesetengah negara Eropah. KKM sibuk dgn nombor positif tetapi tidak mahu atasi dgn idea-idea negara luar dengan percepatkan vaksinasi.

 

Apa yang dimaksudkan peralihan isu...? Mereka tuduh rakyat Malaysia anti vaksin dan tidak mahu mendaftar. Bila rakyat mahu mendaftar sistem jam. Bila rakyat mahu divaksin, progres vaksinasi mereka yg lembab hingga berjuta terpaksa menunggu. Jadi salah siapa skg ini... apa lagi yang rakyat perlu buat?

 

Kemudian bila mereka mahu lakukan lockdown... media seperti diarahkan kononnya rakyat 'panic buying'. Jadi yang poyo-poyo konon-konon bijak tapi malas berfikir ini senadalah dgn propaganda..." tgk bodoh mereka bersesak sesak ke supermarket itulah punca kes meningkat. Buat apa beli banyak-banyak bukannya kedai tu tutup esok."

 

Sebenarnya di setiap hujung bulan memang rakyat ramai ke Hypermarket utk membeli barangan dapur dgn jumlah yg byk. Apatah lagi bila tahu berlaku total lockdown pastinya SOP lebih ketat, jadi adalah wajar mereka membeli barangan dapur utk simpanan 2-3 minggu di rumah. Mana lebih efisen beli barang utk stok 2-3 minggu atau beli barangan dapur setiap 2-3 hari?

 

Yang poyo marahkan rakyat ini ada dia nak tegur kenapa Genting Highland dulu masih beroperasi? Adakah mereka ingin menegur kenapa kilang-kilang masih banyak dibuka sdgkan disitulah punca 60% tersebar Covid19? Tahulah mereka berpuluh ribu kilang dibenarkan beroperasi... jadi siapa yang diperbodoh sekarang ni?

 

Adakah mereka ingin menegur atau marahkan kerajaan kenapa kilang arak beroperasi... adakah lockdown bermaksud minum arak banyak2? Jika kilang tak ditutup.. jgn mimpi kes akn dpt dikurangkan segera. Jadi kita akan terus ditakutkan dgn nombor.

 

Pernah rakyat yg marahkan rakyat ini mahu maki ramai2 Menteri yg melanggar SOP. Yang bawa janda ke sana sini waktu PKP? Betul lah kata seorang Prof kpd saya... minda orang Melayu ini mudah di kotak katik. Timbulkan panik... kita dituduh panik.

 

Cukup-cukuplah kita sesama kita bergaduh. Sekali lagi saya katakan rakyat dah redha negara lockdown beberapa bulan. Tutup buka tutup buka...hingga beribu hilang perniagaan dan pekerjaan. Jadi saya kata stop menulis di wall menyalahkan rakyat.

 

Sdgkan pembelian vaksin pun tidak telus kos pembeliannya. Dgn kerajaan Selangor pun tidak telus datanya. Sistem pendaftaran sampai RM 70 juta... please rakyat... jangan jadi hamba. Saya juga dulu pernah menulis kenapa tidak gerakkan tentera utk proses vaksinasi. Hari ini ramai yang memberi pendapat yg sama. Mereka yang lembab kenapa kita yg bebal...jadi sb itu ia adalah sebuah kerajaan yang gagal.

 

No comments: