BERANIKAH KERAJAAN KUDETA ADAKAN SIDANG PARLIMEN KHAS?





Seterusnya, Majlis Presiden berpandangan bahawa Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen perlu bertemu segera untuk membincangkan langkah-langkah yang wajar diambil bagi menyesuaikan Peraturan-Peraturan Mesyuarat dengan nasihat dan arahan Kementerian Kesihatan dalam menjaga keselamatan ahli-ahli mesyuarat serta para petugas di Parlimen. Ini termasuk mempertimbangkan kesesuaian mengadakan sidang Dewan secara dalam talian seperti yang diusahakan di beberapa negara lain, menurut kenyataan tersebut. "Oleh itu, kami turut mencadangkan agar satu pertemuan diadakan di antara Yang di-Pertua Dewan Rakyat, wakil Kerajaan dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bagi membincangkan perkara ini pada kadar segera," tegas mereka. Kerajaan baru sahaja mengesahkan menerima sebanyak US$300 juta atau RM1.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah dipulangkan kepada Malaysia oleh kerajaan Amerika Syarikat.





No comments: