BETUL KAH INI YANG BERLAKU ?DIMANA KERAJAAN NEGERI DAN JABATAN YANG BERKAITAN...SILA JAWAB


AS SALAM SEMUA MOHON BANTU USAHA USTAZ EBIT...POSTING NI SAYA SEMAK PADA TARIKH 31 MAC LALU...JADINYA IANYA BETUL.PIHAK BERWAJIB BOLEH MEMAINKAN PERANAN.SEDIH MACAM INI.KITA INDIVIDU JUGA BOLEH MEMAINKAN PERANAN.ADA NAMA PERTUBUHAN INI DAN BETUL.IANYA FB USTAZ EBIT.


Menangis akhirnya sampai Alor Setar. Dah tak boleh tahan hati ini. Berbelas anak-anak duduk dengan atok strok. Bau dan kotor sangat. Anak-anak tak sekolah. Orang Malaysia. Tengok ic semua tadi. Orang sini juga. Sedih hati ini. Tolonglah ya Allah. Bertahun dah begini..hari ini saya dah tak boleh tahan menangis jer.


Adik ni kata dia nak sekolah. Dia nak solat. Kadang-kadang solat dekat rumah kawan. Menangis tadi adik ni. Saya tanya pakcik takde orang nak bawa pindah ke. Ramai ada datang cakap nak tolong. Belum rezeki kami. Takperlah ustaz. Sedih mereka berlari kenal saya..

Saya bawa pakcik pindah yer. Nak. Anak-anak bersorak nak pindah. Ustaz, boleh tak ustaz ajar kami jadi baik. Sedih sangat rasa. Boleh ustaz jadi ayah angkat kita orang. Lagi sedih dengar. 

Saya dah call 4 rumah dan pergi tengok. Tapi ramai risau dengar keluarga tu besar. Yerlah saya faham. Hati saya sedih sangat.

Saya tengah pusing cari rumah untuk mereka di Alor Setar ini. Siapa ada rumah nak bagi sewa saya akan bayarkan sewa tu selagi saya hidup insyaAllah dan selagi mereka sesuai disitu.  Bantu saya tengah menangis ni. Saya takkan balik selagi tak bawa mereka pindah ke rumah baru. Pohon doakan dari jauh.

Ya Allah maafkanlah diriku ini. Jangan salahkan sesiapa. Saya yang salah. Ceramah sana sini baru hari ini saya tahu. Maafkan saya pakcik. Maafkan saya adik-adik semua.

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376