
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan disambut Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur pada Selasa. Foto Presidential Secretariat BPMI
JAKARTA, 11 Feb – Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi selama dua hari diiringi Wanita Pertama Emine Erdoğan.
Pesawat yang membawa Erdogan mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur pada 6.30 petang waktu tempatan Selasa (7.30 malam waktu Malaysia) selepas menamatkan lawatan rasminya ke Malaysia.
Ketibaannya disambut oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto yang turut hadir di lapangan terbang bagi meraikan kedatangannya.

Pemimpin Turkiye itu diberikan sambutan karpet merah serta kawalan kehormatan oleh Angkatan Tentera Indonesia.
Satu upacara rasmi bagi menyambut Erdogan akan diadakan di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
Dalam kenyataan sebelum berlepas baru-baru ini, Erdogan menekankan kepentingan lawatan itu yang bertepatan dengan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Beliau turut menyuarakan harapan agar lawatan itu dapat mengukuhkan lagi hubungan dengan ASEAN, khususnya Indonesia yang menempatkan Sekretariat ASEAN, serta Malaysia selaku pengerusi ASEAN ketika ini.
No comments:
Post a Comment