WARKAH BUAT USTAZ NASRUDIN TONTAWI YANG BERAHI SANGAT NYALAKAN ISU PERKAUMAN TANGLUNG



Din...! Hang tanya dalam isu tanglung, awat menteri turun sampai tujuh orang? Kalau lapan atau sepuluh pun apa masalahnya, itu menteri kami. Awat hang gabra pulak?

Ada alasan ramai menteri turun ke sekolah di Puchong dalam isu tanglung. TPM pun turun. Menteri agama pun turun. Ada menteri Melayu, India dan Cina. Semua bangsa. Pasai apa?

Kalau hangpa tanya, awat ramai sangat, jawabnya pasai nak redakan keadaan. Pasai nak didik orang ramai, nak tunjuk kepada umum, betapa kerja jahat hangpa dan geng hangpa dalam isu tanglung, kerajaan serius untuk tangani.

Isu apa dengan tanglung ni? Ya, isu perkauman. Hangpa dan geng hangpa lah yang dok kipas isu tanglung, dok main isu tanglung nak bagi jadi isu perkauman. Kemudian hangpa berlagak warak, hangpa campur sikit dengan isu agama.

Hangpa kipas isu tanglung bagi menyala sebab hangpa benci kerajaan yang ada. Hangpa nak ambil kesempatan politik. Menteri turun ramai hangpa bising, menteri tak turun hangpa bising.

Menteri turun ramai sebab nak tunjuk kata kerajaan konsisten menentang kerja jahat hangpa dan geng hangpa yang tiap-tiap hari main isu perkauman. Kalau hangpa teringin sangat nak menang pilihanraya, carilah isu lain. Tok sah main isu perkauman.

Hangpa dan geng hangpa jahat Din woi...! Hangpa suka negara ni huru-hara. Hangpa suka Melayu dengan Cina berkelahi. Bila negara huru-hara, hangpa pun syok la sebab hangpa anti kerajaan yang ada. Hangpa mahu kerajaan ni jatuh.

Isu perkauman yang hangpa dok main ni bahaya Din woi...! Tak ada masalah apa pun dengan tanglung. Tapi geng hangpa pi kacau sekolah yang aman harmoni nak bagi Melayu dengan Cina benci membenci. Sebab tu menteri turun ramai sebab tak mau orang ramai terpengaruh dengan kerja jahat hangpa.

Menteri turun ramai pun hangpa main isu juga. Hangpa kata tengok, menteri bela Cina, bela tanglung? Cuba tengok perangai hangpa. Nanti kalau menteri turun sikit, hangpa kata pulak, tengok menteri tak serius dengan isu negara.

Begitulah perangai hangpa. Semua benda tak betul. Hangpa saja yang betul. Hangpa perasan diri hangpa suci. Perangai hangpa memang macam tu dari dulu sampai la ni.

Macam mana aku tahu perangai hangpa dulu dan la ni sama? Yalah...aku dulu kan geng hangpa jugak. Jadi aku tahulah...!

Ok Din...jumpa lagi dilain warkah. Pecah kaca pecah gelas. Jangan kona jangan pulas.

FB Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi