MEMANG KENA AJAR MANUSIA PENYEBAR FITNAH INI. TAK SEMUDAH ITU UNTUK NAK MEMOHON MAAF.

 

Fadhlina beri 24 jam, mahu penyebar mohon maaf; tarik balik poster fitnah

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kebebasan bersuara bukan bebas memfitnah sesuka hati.


Poster itu berlegar di media sosial dengan Fadhlina Sidek tidak teragak-agak kemuka saman malu dan fitnah.

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi tempoh 24 jam kepada mana-mana pihak memohon maaf serta menarik balik poster fitnah mengaitkan dirinya “gelar Melayu pertahan Azan Melayu bangsat”.

“Kebebasan bersuara bukan kebebasan untuk fitnah sesuka hati. Saya beri masa 24 jam untuk buat permohonan maaf terbuka dan menurunkan posting berkenaan,” katanya di Twitter.

Fadhlina dalam hantaran itu memohon akaunnya “ditag” di mana poster itu disebarkan.

Beliau berkata, laporan polis telah dibuat berkenaan fitnah tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

“Misi mencari individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan bahan fitnah turut dikesan.

“Saya tidak akan teragak-agak untuk saman malu dan fitnah yang terus disebarkan,” katanya.

Rabu lalu, Fadhlina dalam forum terbitan Media Perpaduan bertajuk “Malaysia Di Ambang PRN 2023” menggesa pembangkang memperluas pengetahuan dalam isu pentadbiran dan ekonomi, berbanding hanya berkisar isu azan tidak boleh dilaungkan sepanjang PRN.

“Kalau di Pulau Pinang setiap kali pilihan raya isu yang dimainkan ialah ‘azan tak dak’ (azan tiada), macam mana hangpa (kamu) sembahyang? Jadi maknanya apa, tak boleh bahas isu ekonomi, kemajuan, ekonomi sebab itu dia (pembangkang) serang azan sahaja.

“Kalau dia betul…lawan idea, bukan lawan azan. Kalau ini yang diulang ulang (ertinya pembangkang) miskin idea. Kita suruh masuk Dewan Rakyat bahas isu polisi, masuk Dewan Undangan Negeri pun isu polisi,” katanya.

Namun, kandungan ucapan Fadhlina berkenaan diputar belitkan segelintir pihak dengan mendakwa beliau menggelar orang Melayu Pulau Pinang mempertahan azan solat sebagai “Melayu Bangsat” dan telah tular di media sosial.