GAMBAR : ANWAR BERTEMU MAHATHIR HARI INI


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk, meja dan dalaman



Mengadakan pertemuan singkat bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya sebelum beliau berlepas ke Bangkok.

Dalam pertemuan itu saya menyatakan persetujuan terhadap pendirian beliau untuk memberi tumpuan kepada program pembangunan negara dan tidak memerlukan pertukaran Timbalan Perdana Menteri dan kabinet.

Kami berdua turut membincangkan isu video lucah di mana saya mengulangi pendirian bahawa KEADILAN menolak budaya politik jijik dan keji serta turut melahirkan rasa simpati terhadap Azmin Ali dan keluarganya.

Membincangkan lebih lanjut, saya menegaskan wujudnya unsur politik terkait isu ini, maka adalah tidak wajar untuk memfitnah sesiapa yang menyebarkannya tanpa asas.
Selain itu kami berdua turut menyentuh beberapa isu semasa yang lain dalam pertemuan ini.

ANWAR IBRAHIM


No comments: