URUSKAN PARTI SENDIRI DENGAN LEBIH BAIK.

 

25 Mei 2025 ( Ahad )



Kenyataan Ketua Pemuda UMNO jelas menyimpang daripada ucapan serta maksud sebenar yang disampaikan oleh Perdana Menteri.


Saya ingin mengingatkan Ketua Pemuda UMNO agar tidak cuba menyamakan kami dengan cara pemerintahan lama yang sarat dengan kronisme dan nepotisme. Mungkin cara itu telah diajar dan diamalkan dalam budaya politik UMNO, tetapi ia bukan prinsip kami. UMNO hanya mula bercakap soal perubahan selepas hilang kuasa itu bezanya.


Benar, pelantikan jawatan dalam parti, termasuk jawatan Timbalan, mungkin mencetuskan persoalan. Namun perlu ditegaskan, itu urusan dalaman parti, bukan urusan kerajaan. Saya boleh beri jaminan, Timbalan Presiden baharu tidak akan dilantik dalam sebarang kedudukan kerajaan, sama ada sebagai menteri, timbalan menteri, atau apa-apa jawatan berkaitan pentadbiran Kami tahu itu melanggar perjuangan kami dan pendahulu kami.


Justeru, eloklah UMNO uruskan masalah sendiri dahulu sebelum cuba menjadi "penasihat moral" kepada parti lain. Jangan cuba menghalalkan kesalahan lampau dengan menyalak seperti anjing lapar perhatian.


Kami tahu mengurus parti kami sendiri. Selagi ia kekal dalam konteks dalaman parti dan tidak menyentuh urusan pentadbiran kerajaan, kamu tiada hak untuk campur tangan. Belajarlah diam bila perlu, dan jangan ganggu rumah orang lain kalau rumah sendiri masih berselerak.


- Fekirie Gobet -




No comments: