WAHAI KERAJAAN- YANG BEKERJA DI LUAR NEGARA MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS JUGA..SEBAHAGIAN BESAR- TAPI CIKGU CIKGU YANG MENGAJAR BAHASA ASING DI SEKOLAH KAMU TAK KISAH PULAK ???? ADOIIIII.....MODAL DAH HABIS KAH ?

 

Kenapa bayar penjawat awam guna bahasa asing di luar negara, tanya penganalisis





Azmi Hassan dan Teresa Kok mempersoalkan alasan untuk pembayar
 cukai membiayai diplomat serta penjawat awam untuk melakukan
 tugas mereka di kedutaan asing.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis dan Ahli Parlimen terkejut dengan tindakan kerajaan memberi elaun insentif kepada penjawat awam untuk mempelajari serta menggunakan bahasa asing ketika berkhidmat atau ke luar negara bagi menghadiri mesyuarat.

Mereka berkata, keputusan meningkatkan elaun itu sebanyak 30% “membingungkan” kerana ia dibuat ketika Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menggalakkan penjawat awam ke luar negara atas tugasan rasmi menggunakan bahasa Melayu, kecuali ia tidak dapat dielakkan.

Dalam pekeliling yang dilihat FMT, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Shafiq Abdullah berkata, elaun bulanan untuk mereka yang memiliki sijil “intermediate” dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 mulai 1 Jan 2023.

Shafiq dalam pekeliling yang dikeluarkan minggu lalu berkata, elaun bagi mereka dengan kelayakan tahap “advanced” dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Bahasa yang layak untuk mendapat elaun itu ialah Arab, Mandarin, Jepun, Perancis, Rusia, Sepanyol dan bahasa rasmi negara mereka bertugas. Bahasa Inggeris dikecualikan daripada senarai itu

Penganalisis, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara terkejut dengan kewujudan elaun insentif itu dan langkah itu bertentangan dengan usaha Ismail menggunakan bahasa Melayu di luar negara.

“Kenapa pembayar cukai perlu membiayai mereka untuk melakukan tugas mereka di luar negara? Kerajaan membelanjakan banyak wang ke atas mereka ketika menghantar mereka bekerja di kedutaan Malaysia. Mereka terlebih dahulu perlu menguasai bahasa Inggeris dan belajar bahasa asing sendiri kerana ini akan membantu tugas mereka.

“Lihatlah penguasaan bahasa Melayu Duta Besar AS ke Malaysia, Brian Mcfeeters. Beliau mempelajarinya ketika pertama kali berkhidmat di Malaysia. Diplomat kita juga patut belajar bahasa berkaitan sebelum ke luar negara,” katanya kepada FMT.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, ia satu lagi elaun tidak perlu yang diberikan kepada penjawat awam berkhidmat di luar negara dengan penginapan, gaji dan elaun mereka sudah menelan agak banyak dana kerajaan.

“Juga, adakah perdana menteri tahu Jabatan Perkhidmatan Awam menggalakkan penjawat awam di luar negara berbahasa asing dan bukannya bahasa Melayu yang ditekannya?

“Ini sama seperti kerajaan ‘memanjakan’ penjawat awam. Mereka sepatutnya cukup bertanggungjawab untuk mempelajari apa saja bahasa yang diperlukan sebelum ditempatkan atau ketika berkhidmat di negara lain.”

Kok menggesa semua diplomat dan kakitangan lain yang berkhidmat di luar negara meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka kerana kedutaan Malaysia menggunakan bahasa antarabangsa itu ketika berkomunikasi dengan kerajaan asing.

“Ini satu lagi perbelanjaan tidak perlu kerajaan yang dilaksanakan sejak 2009. Kini mereka mahu menaikkan elaun itu mulai tahun depan. Ini sepatutnya dihentikan.”

No comments: