ORANG TAK SEKOLAH TINGGI NI..TENGOK ORANG KAWIN PUN DIA NAK TROLL...SEBAB TU BILA PIMPINAN MEREKA SONGLAP DUIT MEREKA TAK TAHU ISU.MACAI TETAP BODO...




Saya tengok ada geng UMNO ni, orang kahwin pun tak senang duduk. Ditohmahnya macam2 suami baru Nurul Izzah ni.

Hello brader. Bukannya dia nak jadi calon pun. Setakat dia kahwin dengan politician, takkan la semua nak dipolitikkan. Set2 ni kena tahu, there’s more to life than politics.

Saya kenal Yin Shao Loong sejak tahun 2018. Ketika kami kerja sama2 di Pejabat Menteri MITI. Shao Loong ni menjadi dambaan banyak camp.

Kalau tanya geng PH, Shao Loong antara pegawai penyelidik dan media yang paling berkaliber. Banyak orang refer pada dia.

Jadi memang kami cukup bertuah dia nak join team MITI. Banyak yang kami belajar dari dia.

Walaupun lulusan Imperial College London dan banyak bekerja dengan organisasi antabarangsa, dia memang humble. Soalan bodoh saya pun dia layan. Selagi saya tak faham, selagi tu lah dia akan ajar.

Kalau melepak time makan pun, selamba je makan nasi pakai tangan. Kata2 bismillah dan in sya allah pun selalu keluar dari mulut dia. Walaupun masa tu dia bukan mualaf lagi.

Sebagai ayah tunggal, dia menjaga anak laki sorang. Cukup saya tabik. Semua dia buat sendiri. Dari masak dan uruskan anak di taska. Kalau mereka datang ke rumah, dia lah berlari suap anaknya makan. Susah nak jumpa ayah sedemikian.

Saya anggap dia macam abang. Hatinya baik sekali.

Jadi tak lah terkejut dia boleh mencuri hati Puteri Reformasi. Saya ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia ke anak cucu.

Pada set2 yang mulut longkang, jodoh orang pun nak dipolitikkan. Apa kata tukar lah budaya. Daripada mengutuk sakan, raikan lah sedara baru kita. Yang baru masuk Islam. Doakan lah jodoh mereka berkekalan.

Itu barulah namanya politik matang.

 

LIYANA MARZUKI

No comments: