KAH..KAH..KAH...PELAN B APANYA LEBAI....NAK UGUT UMNO KOT...WEIII DAH RASA TAK SEKUAT DULU ATAU KUAT BILA BERSENDIRIAN?

 




PAS sedia Pelan B jika Umno enggan kerjasama pada PRU15, kata ketua pemuda




Ahmad Fadhli Shaari berkata, PAS bersedia menghadapi sebarang situasi sekiranya Umno masih tidak berganjak untuk menolak kerjasama melalui Muafakat Nasional (MN).

PETALING JAYA: PAS bersedia menggunakan Pelan B sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) enggan meneruskan kerjasama khususnya melalui Muafakat Nasional (MN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang, kata Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari.

Ia susulan kenyataan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya baru-baru ini yang menggambarkan permuafakatan antara kedua-dua parti hanya boleh dilakukan selepas PRU15.

“Bagi kami, itu isyarat jelas bahawa tidak ada permuafakatan di antara BN dengan Perikatan Nasional (PN) termasuk PAS pada PRU akan datang. Walaupun PAS masih lagi berusaha untuk hendak jalinkan persefahaman dan perundingan.

“Justeru, PAS bersiap sedia untuk berhadapan dengan sebarang situasi sekiranya ia benar berlaku (tiada sebarang perundingan antara kedua-dua pihak),” katanya menurut laporan Astro Aswani.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Bagaimanapun, Fadhli berkata, sekiranya tiada sebarang rundingan, pihaknya bersedia untuk ‘worst case scenario’.

“Jika ada perundingan, ada persetujuan, itu lebih baik, bagaimana formula saya sebut tadi, kalau ada rundingan akan lebih beri tekanan pada Pakatan Harapan (PH) sebenarnya, tetapi kalau tidak ada apa-apa persetujuan, kita tidak ada masalah dan akan terus menghadapi PRU,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Fadhli berkata, pihaknya menjangkakan pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU15 akan dibuat bergantung kepada situasi semasa politik dalam Umno ketika ini.

Katanya, melihat kepada situasi semasa dan tekanan yang dihadapi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak mustahil gendang PRU akan dipalu dalam tempoh terdekat.

Namun, Ahmad Fadhli berkata, Naib Presiden Umno itu pastinya akan mengambil kira pandangan partinya terlebih dahulu sebelum memutuskan sebarang tindakan pembubaran Parlimen.

Ia sama seperti keputusan BN menamatkan kerjasama dengan pihak parti pembangkang melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 31 Julai lalu .

“Walau apa pun kita menghormati hak perdana menteri, sudah pasti kita jangka dalam membubarkan Parlimen ini, pandangan Umno diambil kira, keutamaan kepada PM,” katanya lagi.

Ahmad Fadhli menambah, ketika ini bukanlah masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum berikutan negara yang masih dalam proses pemulihan selepas pandemik Covid-19, dengan tekanan dikenakan terhadap perdana menteri, Pas bersiap sedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.