ZUBAIDI SUDIN
Merdeka Center baru keluarkan satu survei terbaharu tentang
status terkini dari 15 Julai sampai 10 Ogos. Bagi saya ini satu perkara yang
menarik untuk di perbahaskan secara ilmiah sebab antara survei pihak ke 3 yang
pertama tentang approval rating PM.
Dalam gambar hala tuju negara, PH mula-mula naik dulu ( May
2018) pun tinggi juga dalam 64% lagi tinggi dari ( March 2020) PN 58% tapi
kalau di ikut dengan trend graph nampaknya beberapa bulan lagi pasti hala tuju
akan menjunam bawah 50%. Seperti biasa rating yang tinggi itu datang dari orang
melayu sebanyak 82% tapi dia tulis ada sedikit kegusaran tentang pasca PKP and
isu politik UMNO. Orang melayu ini kita kena rasa sendiri baru faham, kadang2
cerita panjang pun mereka tak nak dengar. Bila benda tu dah jadi baru mereka
nampak. Sebab itu orang tua selalu bagi bidalan sudah terhantuk baru terngadah.
Bila di lihat pecahan apa masalah terbesar yang di hadapi oleh
mereka; jawapan pertama ekonomi. Lagi best kalau boleh lihat pada Aug 2019
masalah perkauman memuncak dan tiba-tiba turun pada July 2020. Sebab yang
tukang bakar isu perkauman semua sudah jadi kerajaan tapi satu apa pun yang
mereka bising dahulu tak selesai. Arwah Adib, ICERD, Tulisan Jawi, sekolah
vernakular, UEC semua masih status quo. Tapi yang pelik mutfi serba tahu senyap
sepi walaupun kondisi masih sama macam dahulu. Tak apalah, bahagian pemegang
bendera al-ghadr masih di simpan untuk dia sebagai tukang sertu.
Dalam persepsi terhadap kerjaan PN, overall 58% yang happy,
untuk household atas 7K adalah 50/50. Ini mungkin kesan dari bius moratorium
dan pelbagai insentif pasca Covid. Bila kesan ecstasy ini wear off, withdrawal
symptom akan muncul. Mula la hangover sakit kepala. Bila PM extend PKPP sampai
hujung tahun, ada peluang besar yang PRU15 tak akan berlaku pada tahun ini.
Dalam PM approval rating, MY (72%) lebih rendah dari TunM (83%);
Rating TunM turun bawah 50% pada bulan yang ke 7 dan kalau ikut trend yang sama
tak mustahil MY juga boleh bawah dari 50% dalam beberapa bulan akan datang.
Bila kita lihat pula sentimen terhadap gabungan parti politik,
ramai yang sokong PN 51 dari sokong MN dan PH hanya dapat 25% Peratus. Tapi
kena ingat waktu survey ini di buat Bersatu tak lagi masuk MN. Bila rakyat
tengok yang MN dan PN ini sendiri bercelaru; mereka sendiri akan nampak
penyatuan melayu-raya itu hanya satu utophia. Sebab itu saya acapkali kata, PH
kena kuatkan saf sendiri tak payah nak makan luar macam PAS. Dengan PN pun dia
nak, dengan MN pun ada dia ada share. Parti macam ini lagi teruk dari mereka
yang overtime lendir belakang di Jalan Raja Laut.
Untuk graph performance kerajaan, ia lebih kepada kejayaan untuk
tangani covid-19; IMHO kudos tu KKM; kalau nak harap menteri tebuk atap; mereka
tahu apa, dari 500 negera, air suam takut covid, suruh kuarantin sendiri kat
rumah dan paling terbaru menteri tak kuarantin tapi salahkan hud-hud dan Nabi
sulaiman. Baca yang part peluang perkerjaan dan melawan rasuah makin turun jadi
41% dan 38%; ini yang PH kena fight untuk menang balik sentimen rakyat.
Yang untuk UMNO dalam PN, kita baca yang 65% orang melayu nak
UMNO bersama dengan PN. Ini yang mereka disconnect dengan realiti. Mereka ingat
UMNO ikhlas bersama dengan PN sebab nak kukuhkan melayu; yang sebenarnya UMNO
bersama dengan PN hanya untuk survival mereka. Sebab itu UMNO siang malam
meratib supaya bubar parlimen. UMNO tahu, lagi lama mereka bersama PN, lagi
lemah mereka dan lagi kuat bersatu. Ini semua wayang untuk berebut kuasa. Bila
dah dapat kuasa, seko-seko rompak harta orang melayu.
Pas remain dalam PN lagi tinggi sebanyak 68%. Mereka perlukan PN
untuk balancekan kuasa abg long UMNO dalam MN. Jadi kalau berlaku 3 penjuru,
PAS biasakan stick dengan siapa yang pegang kuasa; dulu PRU14 jadi khadam UMNO
walau pura-pura jadi lawan; PRU15 ada peluang jadi khadam Bersatu.
Dalam Najib Razak verdict ada 43% orang melayu yang tak setuju,
Mereka ini lah kut geng-geng yang sanggup pajak gelang, jiwa dan akal untuk
bayar ikat jamin penyamun. Yang 43% ini kita dah tak boleh buat apa. PH kena
concentrate dengan 57% Melayu yang masih lagi berfikiran waras.
Sebagai penutup; PH kena ubah approach untuk raih persepsi
rakyat dalam hadap PRU15. Tak payah la try hard sangat bangkit isu 1MDB;
especially yang dah diberi kuasa dulu tapi dia tutup mata sebelah sebab enjoy
full support dari penerima wang 1MDB. Kalau betullah nak dakwa, lebih separuh
MP dalam BN dan PAS itu boleh kena AMLA untuk dana yang berkait dengan 1MDB (
e.g Mas yang lompat masuk Bersatu padahal nama dia sangkut ambil 100K duit
1MDB) . Tapi cerita nasi sudah jadi bubur buat apa kan; that train already left
the station.
Sebab itu saya tengok yang betul2 bising bab rakyat pasca covid
ini hanyalah LGE dan DSAI. Mereka berdua konsistant suruh bantuan di tambah dan
moratorium dilanjutkan sebab mereka tahu apa akan jadi lepas musim bulan madu
habis. Ingat PRU15 adalah pertarungan antara pengundi ekonomi; kalau yang dulu
berkerja hilang pekerjaan, anak muda yang baru grad tak ada ruang pekerjaan;
kemelesetan ekonomi dan kadar jenayah akan naik. Di masa ini berlaku, tak ada
jampi serapah, tak ada sertu SSST yang boleh selamatkan PM tebok atap dari
amarah rakyat.