TERKELUAR DARI NORMA DAN REALITI ATAU MASYUUKKK..?




Dulu, sebelum PRU14 dah banyak kali saya balun beberapa dapatan Merdeka Center dan ternyata mereka ni memang mengarut pada waktu-waktu dan keadaan tertentu.

1) Dulu MC pernah kata Naratif Melayu kununnya jadi faktor utama pengundi buat keputusan, saya sanggah dan kata Naratif Kos Sara Hidup sebenarnya faktor utama.

2) MC pernah anggap BN akan dapat kelebihan dan menang jika pertandingan lebih 3 penjuru. Saya kata tidak, PH dapat manfa'at dan beri hujah-hujahnya.

3) Ini yang paling kelakar : bila slide show MC dibocorkan dari taklimat tertutup dan last minit kepada saya. MC bgtahu BN yang mereka akan menang majoriti 2/3 dan yang ini pun saya sanggah allout dalam keadaan masalah kos sara hidup, isu 1MDB, TH, Felda, MARA, rasuah, GST yg menekan rakyat dan ekonomi mana mungkin BN nak menang 2/3 majority?
Terbukti 3 "dapatan" MC itu memg mengarut dan BN kalah di PRU14. Ada Tweet dari Wak Jahid kelihatan marah pd pihak tertentu kerana "nasihat" kata dia. Pada siapa dia tujukan? Kena tanya dia. Apapun....Kajian Invoke selepas dapatan MC juga menunjukkan dapatan MC itu terkeluar dari norma dan realiti tapi "masyuukkk" kot? 

Seronok sungguh MC, sejak dulu suka "discredit" PH. Kali ni diletakkan PH di tempat terakhir seolah-olah PH ditolak Majoriti Rakyat? Mana kajian dan dapatan puak MC ni buat?

Dulu, Rafizi dan Invoke pernah cabar MC membuktikan jumlah, spesimen, kaedah, data dan lapangan kajian tapi MC menikus tak jawap.
Apa yg kita bimbang ialah ia bukanlah RANDOM dan MENCUKUPI JIKA kajian mengenai PA$ dibuat di kawasan ramai walaun pentaksub. Kajian mengenai BN ditanyakan kpd Majoriti penganut UMNO.

Dapatan kajian yang sebegitu boleh "dipandu arah" kearah keputusan yang dikendaki oleh pihak yang membuat kajian.
Wallahualam.

- Zus Din
03 September 2020


No comments: