PMX BERSOPAN DENGAN RAJA-RAJA HINGGA DIRINYA DIFITNAH.
Saya adalah antara followers TT Reina Lum. Saya suka melihat wanita yang bijak kerana daya intelektualnya sudah cukup menarik perhatian tanpa perlu melihat fizikal sebagai tarikan.
Penyampaiannya mudah difahami dan penuh dengan fakta terutama melibatkan perundangan. Pagi ini ulasan saya pendek sebab rasanya sudah cukup segala fakta-fakta diberikan dan saya setuju tidak perlu berdebat dengan mereka yang tidak memahami isu.
Reina Lum memberi hujah jelas, berani dan selamba. Apa katanya, “ Team Najib kena buktikan samada Titah itu legit atau tidak dari segi undang-undang dan boleh di enforce… Adakah Raja atau Agong boleh buat mcm tu.
“Sebab Royal pardon dan kes yang besar macam ini sebenarnya ada SOP. Bukannya Raja bangun tidur, I nak titah ini I nak titah itu….. titah Najib boleh duduk di rumah itu tidak pernah di discuss dalam official meeting.”
Terima kasih Reina Lum dan rasanya di pihak kerajaan memang ingin maklumkan sejak dari dulu lagi. Tapi memang sikap PMX sangat menghormati Raja-Raja.
Beliau boleh sahaja menidakkan addendum itu tiada perintah tahanan di rumah tetapi PMX mahu biarkan Mahkamah yang tentukan. Itu tanda beliau beradab dengan Raja Raja hingga dirinya difitnah dan dicaci oleh pemimpin pembangkang.
Jika PMX berkata demikian tentu tidak manis dipandang masyarakat. Pelbagai hati yang ingin dijaga selain sebagai PM beliau mesti menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.
Saya ingin memberi contoh…
Anda masih ingat Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mendakwa Pakatan Harapan mempunyai majoriti untuk membentuk Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022 dahulu.
Namun Agong ketika itu seolah tidak melayani SD tersebut tetapi Anwar tetap tenang. Tiada provokosi kepada penyokong PH untuk menghentam Raja. Anwar tetap tenang dan tunggu pilihanraya untuk menjadi PM.
Ada rekod Anwar melawan Raja-Raja Melayu? Yang jelas, Hadi pernah membuat Sultan Selangor dukacita kenyataannya terhadap Raja Raja Melayu. Mahathir apatah lagi sanggup ‘berperang’ dengan Raja-Raja Melayu suatu ketika dahulu.
Sanusi pernah membuat Sultan Selangor murka hingga menyamannya. Muhyiddin ingkar arahan Agong utk membina Kerajaan Perpaduan dan banyak lagi. Malah Agong amat dukacita, Takiyuddin kelirukan Dewan Rakyat isu darurat… tiba-tiba PMX dituduh sebagai penderhaka… ia sangat pelik.
Baiklah kepada yang masih belum faham… tidak pernah PMX menafikan wujud addendum ini tetapi addendum yang ada pada dirinya tidak wujud soal isu tahanan di rumah.
Addendum mengenai tahanan di rumah hanyalah diberikan kepada Peguam Negara di hujung perkhidmatan Agong ketika itu.
Cuma Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Ahmad Terrirudin beranggapan surat dari Yang Dipertuan Agong itu tidak sah kerana ia di luar daripada Lembaga Pengampunan.
Pendek kata seperti kata Reina Lum tadi, Raja tidak boleh sesuka hati mengeluarkan titah begitu sahaja tanpa melalui Lembaga Pengampunan.
Rakyat Malaysia mesti ini negara kita mengamalkan Raja Berpelembagaan bukannya sistem monarki sepenuhnya. Bermakna keputusan Raja-Raja ia juga tertakluk kepada undang-undang.
Norman Radzuan….✍️