Surat Terbuka Kepada YB Menteri Tenaga dan Sumber Asli :


Cadangan Pembentangan Laporan Penuh Kemajuan Projek Ladang Hutan Di Dalam Hutan Simpan Kekal dan Impak Alam Sekitar, Ekonomi, Sosial dan Ekologi Penuh Di Parlimen
Saranan YB kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri supaya menaikkan keluasan Hutan Simpan Kekal di seluruh negara adalah dirujuk.
Saya merujuk secara spesifik kepada Negeri Kelantan yang giat mengamalkan polisi meluluskan Pembangunan Projek Ladang Hutan dan Perlombongan di dalam Hutan Simpan Kekal Negeri Kelantan secara berleluasa.
Jika demikian, ia akan menyebabkan keluasan Hutan Simpan Kekal hanya luas di atas kertas sahaja.
Pada hakikatnya, keluasan hutan negara kita terus berkurangan dengan drastik dan ini memberi ancaman kepada keadaan iklim serta kerugian khazanah yg tak terkira. Angka dari Laporan Rasmi menunjukkan antara tahun 2000—2019 - seluas 245,566 hektar atau bersamaan 606,806 ekar Hutan Simpan Kekal telah dibersihkan sepenuhnya untuk tujuan Projek Ladang Hutan tetapi kawasan ini masih kekal sebagai Hutan Simpan Kekal di atas kertas.
Pembukaan Ladang Hutan di dalam Hutan Simpan Kekal bermakna membinasakan ekologi, termasuk bentuk muka bumi, punca air dan aliran sungai, pelepasan racun ke dalam tanah dan sumber air serta pelbagai isu alam sekitar yang lain di tengah usaha mengatasi Pemanasan Global kini.
Atas tanggung jawab Kementerian YB, saya cadangkan YB menjalankan pemeriksaan imej satelit ke atas semua Hutan Simpan Kekal di seluruh negara dan membentangkan dapatannya di Parlimen. Khususnya bagi Negeri Kelantan.
Dari situ, boleh dibuktikan kedudukan yang sebenar dan membolehkan sebarang langkah pembetulan dilakukan sebelum terlambat.
Beserta laporan penuh keluasan Hutan Simpan Kekal yang telah diluluskan sebagai Ladang Hutan, jumlah balak yang telah dikeluarkan setiap tahun dari keluasan Hutan Simpan Kekal berkenaan, status kemajuan Ladang Hutan yang telah diluluskan sejak 2005 dan kesan kepada ekologi, sumber air, suhu dan kehidupan kepada masyarakat setempat.
Adakah Program Pembangunan Projek Ladang Hutan benar-benar berjaya berbanding kemusnahan kekal ekologi penuh Hutan Asli menggunakan teknik tebangan terpilih yang diamalkan sebelum ini atau ia telah disalah gunakan untuk pihak tertentu mencari kekayaan singkat.
Dengan cara-cara ini boleh menunjukkan YB benar-benar serius dalam saranan YB.
Sekian, terima kasih.
Datuk Husam bin Musa
28 Mac 2022
Sk :
YAB Perdana Menteri
YB Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara
YAB Menteri Besar Kelantan
YB Adun Dewan Undangan Negeri Kelantan
Media dan Ngos
++++++++++++++++++++
Baca Penulisan Sebelum ini :
1.Tanah Kelantan -
Orang Sama Dapat Keuntungan Bertimpa-Timpa?https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506238204202872
2. Pertanyaan Untuk MB (2) :Ladang Musang King
3.Pertanyaan Untuk MB : Ladang Musang King 7,500 Ekar https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/504943857665640
4. Mana Tanah Negeri Untuk Rakyat Biasa?
5. Sijil Pengurusan Hutan Kelantan Dibatalkan Masih Nak Main Silap Mata
6. ANAK KELANTAN SEMUA TAK LAYAK MAJUKAN LADANG MUSANG KING ?
7. Carian SSM menunjukkan temuan berikut :
#Anak Kelantan bangkit
#Demi Kelantan!
May be an image of ‎mountain and ‎text that says "‎www.themalaysianinsight.com/s/3 Bahasa 中文 Register Log Sections English וויור News Takiyuddin urges state govts to increase forested areas Updated day ago Published on 26 Mar 2022 5:22PM Comments MALAYS Seth Akmal Energy and Natural Resources Minister Takiyuddin Hassan says the 4th National Physical Plan aims to have 50% forested areas Peninsular Malaysia by 2040. The Malaysian Insight file pic, March 26, 2022.‎"‎‎

No comments: