Pengerusi MPN Kedah mahu Cabang Sg Petani kekalkan kemenangan


 

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul mahu Cabang Sungai Petani berkerja keras memastikan kerusi Parlimen di situ kekal dalam genggaman KEADILAN pada Pilihan Raya Umum ke 15.



Hal itu ditegaskan beliau dalam ucapan perasmian Menyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Sg Petani.



"Saya sempat berpesan kepada seluruh anggota parti untuk terus bekerja keras bagi memastikan kerusi Parlimen Sungai Petani yang sudah tiga penggal dimiliki oleh KEADILAN dapat dikekalkan.



"Selain itu, mereka juga diingatkan supaya terus membantu serta menjaga kebajikan rakyat supaya masyarakat tidak terpinggir. Persediaan gerak kerja dan jentera yang mantap juga harus dipersiapkan bermula dari sekarang," katanya.



MATC Sungai Petani diadakan di Dewan Penduduk Taman Sri Wang. Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah ADUN Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min dan Ketua Cabang Sungai Petani Saudara Manimaran.



No comments: