LEMAH BILA BERKUASA

 

Hamdan Taha



Untuk tatapan umno dan jenteranya,

Juga jentera pkr sahabat lama. Baca lah


Tahun 2004 lokman adam masa itu su pemuda keadilan,apabila dia ada krisis bersama sdr ezam mat nor dan masa ni ke dua duanya baru lepas dari tahanan isa...beliau serang ezam sama jer seperti sekarang ini dia serang hisham atau mungkin zahid hamidi dan tok mat hassan....cara dan kaedah sama...


Akhirnya serangan itu membawa kepada masalah kepada parti dan beliau di ambil tindakan oleh parti. Masa ini parti belum memerintah dan tak kuat lagi,maka pimpinan parti berani untuk ambil tindakan


Umno pula selama puluhan tahun kehidupannya parti umno sangat berani,ramai pimpinan parti di ambil tindakan termasuk tun dr m sendiri pernah di ambil tindakan,dato harun,anwar ibrahim dan ramai lagi...kerana apa umno berani kerana umno kerajaan dan kuat. Presiden parti pun kuat...


Keadilan atau pkr berani dan kuat ketika mereka tak jadi kerajaan. Mereka dah jadi kerajaan mereka pun lemah dan tak berani ambil tindakan pada anggota parti yang langar displin. Bukti ialah Azmin Ali dan pengikutnya,mereka terbuka menyerang presiden dan parti....tapi tidak di ambil tindakan....kerana apa? Kerana pkr dah jadi kerajaan dan takut hilang kuasa...terbalik pula dengan umno...


Umno masa  berkuasa garang bukan main,pecat saja jika ada kesalahan malahan tak ada kesalahan macam saya pun kena pecat hanya kerana berucap dalam perhimpunan pemuda mempertikaikan kes salah laku kerajaan dan presiden, di pecat....hebat nya umno bila berkuasa....tapi bila dah tak ada kuasa...presiden pula lemah...bukan sekadar lemah tapi ada masalah pula...maka parti jadi lemah dan tak  berani bertindak terhadap ahli parti yang langar diaplin parti....sebaiknya presiden yang lemah berhenti sahaja...bagi orang yang lebih kuat dan berani....


Begitu juga pkr dan umno dua parti ini sedang bermasalah besar dengan ahli parti masing masing....membezakan dua parti ini ialah kuasa. Pkr parti ada dalam kerajaan tapi bagi azmin ali dan gengnya tampa mereka maka pkr tak akan berkuasa dan presiden pkr tak akan dapat jadi PM....itu kepercayaan azmin n the geng....mana parti berani pecat....malahan azmin ali n geng ternanti nanti di ambil tindakan...dan pecat...maka mereka mudah untuk memilih parti mana yang bole menerima mereka....


Saya yakin dan percaya Azmin ali dan sekutunya Hishamudin berharap dan meronta ronta minta di pecat dari parti masing masing,supaya mereka di lihat hero....dan bole bersama menubuhkan parti atau join bersatu...jika parti baru dan kedua duanya di pecat...ada kemungkinan sebuah parti baru yang akan di anggota bekas pimpinan pkr dan umno......presiden Azmin Ali dan Timbalan Presiden Hishamudin atau sebaliknya.....


Bagi saya azmin dan hisham sedang merancang supaya mereka di pecat dari parti masing masing. Itu sebab kaedah berperang sama,azmin berani ugut parti dan presiden secara terbuka. Hisham pun gerakan sama bezanya dia tak buat secara terbuka...tapi ugutan pada presiden sama saja....itu sebab hisham tak takut di ambil tindakan malah suka....


Wawasan 2020 yang di ilhamkan oleh tun dr mahadir dulu sudah akan sampai dua hari lagi. Apakah wawasan yang di maksudkan tun m agaknya. Wawasan beliau ialah terus kekal pm,kayakan anak beranak...terus di lihat unggul di kalangan ahli politik melayu....dan sentiasa menjadikan malaysia berada dalam keadaan krisis. Terbukti wawasan tun dr m beberapa hari lagi tercapai....terutama kepada orang melayu dan islam....semuanya carca merba.....keluarga 69.....inilah kerjayaan besar tun m kepada negara ,agama juga negara.....


Kita tunggu 2020...


Hamdan taha


Penjual roti canai kari kambing




No comments: