MUHYIDDIN TIDAK DAPAT RESTU MPT BERSATU CALON PM-8




1. Kenyataan ringkas Bersatu mengatakan ahli Dewan Rakyat parti itu bersama feksyen Azmin Ali telah menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri. 

2. Sebagai penjelasan, ini bukan keputusan Bersatu. Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu tidak dibawa berunding atau dimaklumkan mengenai hal ini. 

3. Pendirian terakhir MPT yang dibuat dalam mesyuarat malam Isnin lalu ialah Tun Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri. 

4. Dalam perkembangan berkaitan, Umno dan Pas menyatakan sokongan kepada Muhyiddin. Ini tidak menghairankan.

5. Tidak seperti Dr Mahathir yang hanya bersedia menerima pemimpin Umno sebagai individu, Muhyuddin sanggup menerima mereka sebagai parti.

6. Prinsip Tun adalah beliau menghormati keputusan rakyat jelata yang menolak penjenayah kleptokrasi dalam PRU 2018.

7. Perlu diingatkan semula bahawa Bersatu adalah cetusan daripada kempen Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat tahun 2016.

8. Dr Mahathir berulang kali mengingatkan MPT bahawa Umno "desperate" untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan Bersatu kerana hari penentuan bagi para pemimpinnya yang sedang dibicarakan semakin hampir. 

9. Sementara itu jenayah baru telah ditemui termasuk jenayah berat.

10. Jadi tidak hairanlah kalau mereka menggunakan slogan agama, bangsa, negara, maruah dan seumpamanya sebagainya perisai.

Wallahuaklam.Terima kasih.

A Kadir Jasin

No comments: