Memahami Perlembagaan Negeri Johor


Ahli Parlimen PKR Hassan Abdul Karim desak polis bebaskan pengan*s ...

Dalam kemelut pertukaran kerajaan, pembubaran Dewan Undangan Negeri dan kuasa Sultan.

Di dalam Perkara 23(2) Perlembagaan Johor disebut "The Ruler may prorogue or dissolve the Legislative Assembly."

yang ditafsirkan bahawa Sultan boleh membubarkan Dewan Undangan Johor.

Tetapi Perkara 23(2) ini tidaklah muktamad dan tidaklah boleh berdiri sendiri.Ia hendaklah dibaca bersama Perkara 7(1) Perlembagaan Johor yang menyatakan:

"In the exercise of His function under this Constitution or any law or as a member of the Confererence of Rulers the Ruler shall act in accordance with the advice of the State Executive Council...."

Ini bermakna Sultan tidak boleh dengan secara sendiri membubarkan Dewan Undangan Negeri.Jika Menteri Besar mengadap Sultan dan menasihati Sultan supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri barulah Sultan boleh membubarkan DUN.

Hal yang sama juga terpakai di bawah Perlembagaan Persekutuan di mana Yang di-Pertuan Agong tidak ada kuasa membubarkan Parlimen kecuali dinasihati oleh Perdana Menteri.

Manakala dalam Perkara 7(2) Perlembagaan Johor disebut:

"The Ruler may act in His discretion in the performance of the following function (in addition to those in the performance of which He may act in His discretion under the Federal Constitution) that is to say-

(a)

(b) the withholding of consent to a request for the dissolution of the Legislative Assembly;

(c)....

Perkara 7(2)(b) Perlembagaan Johor menyatakan Sultan ada kuasa budi bicara untuk tidak memberi izin ke atas permintaan untuk membubarkan DUN.

YB Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
3 Jun 2020


No comments: