Apa yang anda perlu tahu tentang senario Parlimen Tergantung

 Apa yang anda perlu tahu tentang senario Parlimen Tergantung

PM Muhyiddin bersedia berdepan usul undi percaya di Dewan Rakyat pada September depan. - Gambar fail
POLEMIK politik negara tidak pernah reda, walaupun dalam keadaan rakyat sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Ketika ini banyak pihak sedang berteka-teki mengenai bilangan ahli parlimen yang menyokong atau sebaliknya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin sedia berdepan usul undi percaya di Dewan Rakyat pada bulan September depan.
Banyak persoalan yang mungkin dibangkitkan, antaranya adakah parlimen tergantung?
Ini apa yang anda perlu tahu mengenai Parlimen tergantung:
1. Parlimen tergantung adalah situasi di mana parti politik tertentu atau gabungan sedia ada tidak mempunyai majoriti mutlak dalam Parlimen atau badan perundangan lain.
2. Situasi ini juga dikenali sebagai parlimen seimbang iaitu walaupun tidak lazim atau tiada kawalan keseluruhan.
3.Tiada parti atau gabungan parti yang mempunyai mandat automatik untuk mengawal eksekutif.
4. Namun, majoriti mutlak masih boleh diperoleh melalui pembentukan kerajaan gabungan yang baharu atau penambahan ahli bukan sekutu dalam gabungan sedia ada.
5. Bagaimanapun, sebuah kerajaan minoriti mungkin dapat dibentuk di mana parti yang mempunyai ahli Parlimen teramai dibenarkan untuk membentuk kerajaan tanpa majoriti mutlak, dengan syarat ia mendapat sokongan dari ahli tidak bersekutu.
6. Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.


No comments: