Saifuddin bentang laporan kes Zara hari ini, siapa fitnah akan kantoi


OLEH MAN TOBA


Saifuddin berani bentang laporan penuh kes Zara Qairina hari ini di Parlimen. Siapa fitnah akan kantoi!”


Kalau betul kerajaan nak sembunyi, apa perlunya Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri sendiri bentang laporan penuh kes Zara dalam Parlimen esok?

Parlimen tu bukan bilik mesyuarat kampung. Semua rakyat boleh akses, media tunggu, setiap patah perkataan direkod.


Kalau nak cover line, paling senang diamkan je, betul tak? Tapi sekarang Menteri Dalam Negeri sendiri tampil, maknanya berani sebab yakin ada bukti & fakta jelas.


Sedangkan dekat luar, Nurul Islam dan geng dia sibuk tabur fitnah Konon ada VVIP terlibat. Konon kes ini nak disapu bawah karpet. Konon kerajaan tak telus.


Padahal, Pengarah JSJ Bukit Aman sendiri sahkan tiada pembabitan orang kenamaan (VVIP).


Tambah lagi:


3 pegawai kanan polis Sabah dah dipanggil Jabatan Integriti.
Kes diambil alih terus oleh Bukit Aman (bukan polis daerah).
Akaun TikTok yang fitnah kes Zara pun disiasat.


Hello geng, logik sikit lah. Kalau betul nak cover, adakah sampai Bukit Aman turun tangan? Adakah sampai Jabatan Integriti panggil pegawai kanan? Adakah sampai Menteri Dalam Negeri bentang di Dewan Rakyat?



Yang kita nampak sekarang Saifuddin pilih jalan telus. Nurul Islam pilih jalan spin. Bezanya satu pihak bagi bukti, satu pihak sembang lebih untuk modal politik murahan.

Kes Zara ini memang tragis, kita semua simpati. Tapi jangan sampai kesedihan keluarga arwah dijadikan “politik arwah Zara” untuk cari mileage.


Esok, bila Saifuddin bentang laporan penuh di Parlimen, rakyat boleh tengok sendiri siapa yang bercakap benar, siapa yang sembang kencang.


Aku yakin esok akan pecah tembelang fitnah. Yang spin sana sini, berani tak tarik balik tuduhan lepas laporan diumumkan?







 

No comments: