KA SIONG..GUAN ENG AJAK HANG DEBAT ISU KABOTAJ . MAU KA TAK MAU

 

Wee Ka Siong sah kurang pandai tentang dunia digital:

Menteri KKMM, bekas pengerusi MDEC, MyIx, Facebook, Google semuanya menyatakan bahawa dasar Kabotaj oleh Wee Ka Siong menyebabkan Malaysia tidak dilibatkan dalam projek kabel dasar laut Apricot dan kehilangan berbilion ringgit dalam pelaburan berteknologi tinggi.

Namun, Wee masih berdegil menafikan perkara ini. Takkan semua orang salah hanya Wee Ka Siong yang tak salah?

Pada 30 September 2021, Wee dalam Dewan Rakyat telah mencabar saya untuk berdebat tentang isu ini dan saya telah menerima cabarannya itu.

Apabila saya memberikan tarikh 23 Oktober 2021 untuk berdebat, dia pula berdolak dalih sehingga sekarang.

Poster meme media sosial pula dianggap oleh Wee Ka Siong sebagai screenshot Whatsapp sebenar dan kini dia cuba mengalih perhatian dengan mengadu domba kononnya dia difitnah.

Adakah Wee faham apa maksud meme? Biar saya bantu terangkan dengan cara mudah supaya dia senang faham: meme ialah poster atau video lucu yang selalunya digunakan untuk mencuit hati tentang sesuatu isu atau topik dan disebar melalui Internet.

Dah lah designer letak label “Mobile Meme” kat situ, Wee Ka Siong pula cari peluang mengalih perhatian dengan dakwaan palsu kononnya saya memfitnahnya.

Wahai Wee Ka Siong, cukup-cukuplah.

Jangan nak bergarang cabar orang untuk debat. Bila dah cabar, jangan pula bagi banyak alasan, mengadu domba dan cuba mengalih perhatian. Jangan pula buat serangan peribadi.

Daripada buang masa begini, mengapa tidak minta wakilnya menghubungi wakil saya, YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai) untuk bincang logistik dan butiran debat.

Jangan jadikan Belanjawan sebagai alasan. Malah isu ini patut diselesaikan sebelum Belanjawan dibentang kerana ia melibatkan masa depan ekonomi digital negara serta berbilion ringgit dalam pelaburan teknologi tinggi.

Kalau betul nak fokus Belanjawan, boleh pula Wee Ka Siong pergi ke London minggu ini. Kalau boleh pi London, takkan dia tak boleh luangkan satu jam sahaja berdebat dengan saya?

Saya ulangi sekali lagi, 23 Oktober 2021, kita debat secara live di hadapan semua rakyat Malaysia – on tak on, Wee Ka Siong?

LIM GUAN ENG

Setiausaha Agung DAP.