REZEKI BUKAN DITANGAN NAJIB- TAPI NASIB NAJIB DITANGAN TUHAN SELAIN MAHKAMAH. KALAU LEPAS TUNGGU NASIB NAJIB DITANGAN PH LEPAS PRU 15

 

PTD ‘perlekeh’ Najib di Facebook dikembalikan jawatan




Mahkamah Persekutuan memutuskan, kerajaan gagal meyakinkan mahkamah bahawa persoalan perundangan yang mahu dikemukakan adalah perkara baharu dan berkepentingan awam.

PUTRAJAYA: Seorang pegawai tadbir diplomatik (PTD) yang sebelum ini dipecat kerana membuat kenyataan dikatakan memperlekehkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, empat tahun lalu, kini boleh menarik nafas lega.

Ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan untuk izin merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan Nazrul Imran Mohd Nor dikembalikan jawatannya.

Dalam prosiding hari ini, panel tiga hakim diketuai Rohana Yusuf berkata, kerajaan gagal meyakinkan Mahkamah Persekutuan bahawa persoalan perundangan yang mahu dikemukakan adalah perkara baharu dan berkepentingan awam.

Turut bersidang bersamanya ialah Mohd Zawawi Salleh dan Mary Lim Thiam Suan.

Peguam A Surenthra Ananth yang hadir bersama Phoebe Loi berkata, Nazrul akan menerima tunggakan gaji dan elaun lain.

“Beliau juga boleh kembali bekerja,” katanya kepada FMT.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan mewakili Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan kerajaan.

Nazrul bertugas sebagai Setiausaha Kedua di Kedutaan Malaysia di Manila ketika kejadian itu berlaku.

Beliau yang bertugas sebagai PTD selama lapan tahun, diarahkan pulang ke Malaysia selepas didapati membuat kenyataan yang dilihat memperlekehkan Najib di Facebooknya pada 11 Jan 2017.

Dia didakwa berkata: “Kesian. Hilang kwn, hilang deposit.”

Kenyataan di Facebook bekas Perdana Menteri itu menyusul ucapan takziah Najib kepada keluarga Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Adenan Satem, atas kematiannya yang mengejut.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu mengeluarkan surat tunjuk sebab memecat Nazrul pada 13 Feb 2017 kerana melanggar Peraturan 19(1)(b) dan 4(2)(d) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Nazrul memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap SPA dan kerajaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang ditolak pada Mei 2018.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada November lalu bagaimanapun mengarahkan SPA mengembalikan jawatan Nazrul kerana peraturan itu menyekat hak Perlembagaan Nazrul dan pemecatannya tidak wajar, tidak rasional dan hukumannya yang terlalu berat.

No comments: