TAK RAMAI, TAPI ADA..BILA ADA, AKAN RAMAI




 "Bang Mat, ahli AMANAH ramai ka di Labuan ni?" Ada yang tanya.













Bang Mat senyum. "Alhamdulillah... makin ramai yang mai bersama kita. Tapi yang paling penting, makin ramai dah faham apa yang AMANAH perjuangkan."


Hari ni Bang Mat berbesar hati dapat merasmikan Mesyuarat Tahunan AMANAH Labuan di Tiara Hotel Labuan.


Bang Mat pesan dekat pimpinan dan ahli-ahli AMANAH Labuan, kalau nak orang terus yakin dengan kita, rajin turun padang berkhidmat.


Kalau ada rakyat yang perlukan bantuan, kita bantu. Kalau ada urusan yang melibatkan kementerian di bawah Menteri atau Timbalan Menteri daripada AMANAH, kita cuba permudahkan. Jangan bagi rakyat rasa susah nak berurusan.


Bang Mat juga tekankan, AMANAH bawa Islam Rahmatan Lil 'Alamin. Islam yang membawa rahmat, kasih sayang dan keadilan kepada semua.


Islam bukan agama yang mengajar kita membenci atau memecah-belahkan masyarakat. Tapi.. Islam mengajar kita saling hormat, saling bantu dan hidup bersama dalam aman.


Tak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun atau apa juga bangsa dan agama, kalau kita ikhlas berkhidmat untuk rakyat, insya-Allah orang akan nampak sendiri nilai perjuangan kita. Hat ni yang Bang Mat harap terus jadi pegangan setiap ahli AMANAH.


#AMANAH




No comments: