Oleh SURI LAILA / February
16, 2022
Sejak tahun lalu,
kerajaan terus berusaha menggalakkan rakyat Malaysia melakukan ujian kendiri di
rumah sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan jangkitan wabak
Covid-19.
Kerajaan pada November
tahun lalu juga telah menetapkan satu kit ujian pantas (RTK) Antigen air liur,
di bawah harga siling iaitu RM4.90 sekotak.
Bagaimanapun menerusi
perkongsian warganet di Twitter, pengguna @SyarifahAmin meluahkan rasa tidak
puas hati mengapa harga kit ujian kendiri kini begitu mahal sehingga mencecah
RM8 sekotak.
“Apa yang dah jadi
dengan semua kit ujian kendiri yang berharga bawah RM6? Selalunya saya cari di
Speedmart dan Mr Diy, tapi sekarang dah tak ada sebab mereka kehabisan stok. Farmasi
pula jual dengan harga lebih RM8 setiap satu. Macam mana saya nak lakukan ujian
kendiri tiga kali seminggu kalau harga makin mahal?,” ciapnya di Twitter.
“Self test kit sama
jenama naik RM2 dalam 2 minggu sebab kes makin mencanak. Orang yang kerja farmasi
tu cakap “supplier tiba-tiba naikkan harga hari ini”. Tak guna. Mentang-mentang
‘demand’ tinggi sekarang,” tulis @panPanMato.
Ada juga yang
memaklumkan mereka membeli kit ujian kendiri dengan harga RM10 sekotak, biarpun
ia sepatutnya dijual dengan harga RM4.90, dan ada yang berhabis sehingga RM100
hanya untuk lima kotak kit ujian kendiri.
“Beberapa bulan lepas
saya beli lima kotak kit ujian kendiri tiba-tiba harga keseluruhannya RM100+.
Saya terkejut gila tapi lebih terkejut bila dekat tempat lain RM8 je,” luah
@_nichol4s.
“Memang tengah
kekurangan stok, semalam cari-cari jumpa kat farmasi tapi harga hmm,” tulis
MrMazlan4 yang turut berkongsikan gambar kit ujian jenama Gmate yang berharga
RM17.90 sekotak.
Bagaimanapun
netizen memberitahu bahawa produk keluaran Gmate sememangnya agak mahal kerana
ia merupakan jenama luar negara.
“Memang
mahal sikit. Saya tak tahu kenapa sebab saya staff Watson. Harga yang lain
semua dah turun kecuali Gmate ini je. Ada yang kata sebab jenama ni dari Korea,
sebab tu mahal,” @Musytaq_
Difahamkan,
ada beberapa jenama kit ujian kendiri Covid-19 yang dijual dengan harga agak
mahal berikutan tiada subsidi yang diberikan kerajaan.
Tetapi
ada yang mendakwa mereka pernah membeli hampir semua jenama kit ujian kendiri
pada harga bawah RM6, dan terkejut ketika ini harga meningkat tinggi.