Pakar jelas sebab mengapa suhu Malaysia sejuk kebelakangan ini



 Perasan atau tidak, sejak kebelakangan ini cuaca agak mendung dan kerap hujan di beberapa tempat.

Suhu sejuk membuatkan beberapa tempat berkabus pada waktu pagi terutamanya di kawasan puncak bukit.

Boleh dikatakan ramai yang bersetuju, inilah saat sesuai untuk bercuti memandangkan cuaca tidak begitu terik sejak akhir-akhirnya.

suhu sejuk fenomena aphelion
Pada masa sama, netizen membahaskan perubahan ‘suhu’ yang berlaku dan tertanya-tanya adakah negara sudah memasuki fasa akhir peralihan Monsun Timur Laut?

Ini kerana fenomena tersebut lazimnya menyebabkan peningkatan suhu panas di negara yang diramalkan berlarutan hingga Mac nanti.

Pun begitu, sebenarnya keadaan cuaca yang lembap dan sejuk yang terjadi ketika ini adalah terjadi disebabkan peralihan monsun yang sama.

Baca juga Henti pembakaran terbuka! Negara dalam fasa kedua Monsun Timur Laut, cuaca panas, kering

Keadaan itu diperkuatkan lagi dengan kenyataan Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah dari Universiti Malaya yang tular di media sosial.

Memetik kenyataan pakar tersebut, penurunan suhu serendah 2 dan 3 darjah Celsius disebabkan angin sejuk yang datang dari Siberia.

suhu sejuk fenomena aphelion

Pakar jelas sebab mengapa suhu Malaysia sejuk kebelakangan ini suhu badan normal suhu demam suhu bilik suhu demam bayi suhu normal manusia cek suhu badan

Saat ini negara tersebut sedang berada pada suhu -25 darjah Celsius. Memang sejuk betul.

Sebelum ini juga, cuaca sejuk yang ekstrem dicatatkan melanda negara China khususnya Hong Kong akibat letupan angin sejuk dari Siberia berkenaan.



Lapor scmp.com, perubahan cuaca itu paling buruk direkodkan sepanjang tempoh 60 tahun.

Pakar jelas sebab mengapa suhu Malaysia sejuk kebelakangan ini suhu badan normal suhu demam suhu bilik suhu demam bayi suhu normal manusia cek suhu badan

Suhu di negara antara paling rakyat di dunia tersebut mencatatkan penurunan kepada 3.3 darjah Celsius di kawasan bandar dan luar bandar.

Sementara itu, memetik kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan cuaca lembap diramalkan terutama bagi negeri di Pantai Timur.

suhu sejuk fenomena aphelion

Menurut laporan itu lagi, kemungkinan besar ribut petir di negeri-negeri Pantai Barat seperti Selangor, Perak dan Melaka dengan hujan lebat dan angin kencang manakala negeri utara Perlis, Kedah dan Pulau Pinang berkemungkinan kekal kering.

Tidak kurang juga kecoh di media sosial yang mana ramai netizen mengaitkan perubahan suhu yang lebih rendah dengan fenomena Aphelion.

 

Sedangkan fenomena alam tersebut sering terjadi menjelang bulan Julai setiap tahun.

Apa itu sebenarnya fenomena Aphelion?

suhu sejuk fenomena aphelion

suhu sejuk fenomena aphelion

Lapor techno.okezone.com, fenomena berkenaan berlaku disebabkan kedudukan bumi paling jauh daripada matahari.

Bumi boleh mencapai jarak paling jauh iaitu 152 juta kilometer (km) dari matahari berbanding jarak biasa, 147.65 juta km.

Pun begitu, fenomena alam luar biasa tersebut tidak sedikit pun menjejaskan suhu bumi ya.