KRISI MAKIN PATAH BILA SPR MULA MASUK CAMPUR.



 Mohd Asri Mohd Jamil


Krisis di Perlis memberi gambaran yang sukar disangkal. Pertukaran Menteri Besar bukan berlaku kerana kekuatan dan keyakinan politik, tetapi kerana tekanan dalaman yang gagal dikawal. Untuk meredakan keadaan, tiga ADUN PAS digugurkan, seolah-olah merekalah yang perlu memikul beban krisis.





Namun, pada masa yang sama, lima ADUN Bersatu yang terlibat menghantar SD bagi menukar MB tidak dikenakan apa-apa tindakan disiplin. Situasi ini menimbulkan persoalan yang lebih besar: mengapa ada dua standard berbeza dalam gabungan yang sama? Siapa sebenarnya memegang kuasa penentu?


Apabila hanya satu parti menanggung akibat, sementara parti lain bebas daripada tindakan, mesej yang sampai kepada rakyat ialah wujudnya ketidakseimbangan dan perebutan pengaruh dalam gabungan.


Kestabilan yang dibina melalui pengguguran rakan sendiri bukanlah kestabilan yang meyakinkan. Sebaliknya, ia menimbulkan lebih banyak pertanyaan:

adakah ini strategi kematangan,

atau tanda jelas bahawa gabungan sedang retak dari dalam?


Dengan MB bertukar, tiga ADUN PAS digugurkan, dan lima ADUN Bersatu tidak disentuh, rakyat mula bertanya: PN berantakan?




No comments: