DULU PH DIBENCI AKIBAT MENTERI PH BUAT KERJA BODO, KINI SEDIKIT DEMI SEDIKIT PN PULA DIBENCI.


HAMDAN TAHA

Kerajaan PN ambil alih kerajaan dari PH yang ketika itu populariti telah menurun begitu teruk terutama dari pandangan masyarakat Melayu terutama dengan kebijaksanaan Umno dan Pas mengambil sesuatu isu atas kebodohan para menteri PH ketika itu...
Tiba tiba PN ujud dan PM di ambil alih oleh TSMY negara dan dunia ketika itu sedang berdepan dengan serangan virus 19. Negara dan kepimpinan PN terpaksa mengambil pendekatan mengadakan PKP dengan segera. Ketika PN umum PKP dua perkara terselamat. Pertama dapat membendung jangkitan virus 19 dan juga virus politik dari di serang oleh PH dan penyokongnya. Maka PN di selamatkan dari serangan politik....dan rakyat bersedia memberikan sokongan kepada TSMY. Apabila TSMY membentangkan bantuan kewangan 1600 populariti dia meningkat.....tapi itu beberapa bulan yang lepas...
Sekarang saya telah membaca di media sosial dan sembang sembang dengan kenkawan kerajaan PN mula di pertikaikan secara sikit demi sedikit. Jentera PH pula sudah mula spin kenyataan kenyataan menteri menteri PN yang kurang teliti dan tidak di sukai rakyat. Geng geng PH dah mula menyerang Pas dalam banyak isu terutama Ruu 355 yang boleh menyebabkan Pas tertekan.
Rupanya pujian rakyat tidak bersifat kekal,apabila Ismail Sabri mengumumkan SOP terbaru saya lihat sudah mula dapat bangkangan dan tidak mendapat sokongan padu seperti sebelum ini. Tindakan polis yang menyaman rakyat dan ambil tindakan kasar akan menyebabkan kerajaan ini berdepan dengan cemuhan dam kritikan. Virus 19 yang sekarang ini menular bukan lagi dari klauter yang awal tetapi klauter yang di sebabkan kesilapan kerajaan melalui klaster import yang 100 peratus kesilapan kerajaan kerana membenarkan mereka berada di rumah dan tidak di pantau antara kes sekarang ini di Kedah dan Serawak....kesilapan itu mereka pula mendera rakyat dengan sop baru....
4 hari sebelum raya Ismail Sabri umum SOP yang menyebabkan ramai orang terpaksa rugi. Antaranya yang dah edar kad kawin...edar kad kenduri dan sebagainya....di batalkan kerana kerajaan tidak benarkan. Tetapi rakyat terkejut bila Ismail Sabri dan Umno pula melangar SOP yang mereka sendiri umumkan. Ini semua menghilangkan populariti kerajaan PN....
Masalah ekonomi,pekerjaan dan penganguran meningkat setiap hari. Nilai harta yang menyusut dan harta yang tidak laku dan macam macam hal akan menyebakan rakyat menuding jari pada pihak kerajaan....ini semua akan merudumkan rekod TSMY tambahan pula jika adanya PRU banyak....ini akan menyebabkan rakyat meluat....




No comments: