TAKUT NAK BERI MORATORIUM KE ?

 

PKP 'full lockdown': Kerajaan buat keputusan esok - Takiyuddin



Muhafandi Muhamad
PKP 'full lockdown': Kerajaan buat keputusan esok - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat yang melibatkan Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara, serta semua Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Jumaat. - Gambar fail
KOTA BHARU: Keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan menyeluruh seperti pada Mac 2020 atau 'full lockdown' akan diputuskan esok.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia antara cadangan yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan.
Takiyuddin berkata, cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat yang melibatkan Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara, serta semua Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Jumaat.
"Itu antara langkah-langkah yang perlu difikirkan pihak berkuasa khususnya mkn perlu memikirkan opsyen yang perlu ada, itulah perkaranya selama ni kita mengadakan PKP, PKPP, PKPB itu adalah langkah-langkah yang perlu diambil samada secara keseluruhan atau bersasar itu bergantung kepada keadaan … kalau kita lihat perkembangan di samping langkah kita ambil pelan PICK begitu tersusun cuma kita lihat ada perkara yang perlu kita tekan kan kurangnya sambutan rakyat untuk dapatkan vaksin sedang diusahakan di semua negeri,” kata Takiyuddin.
Takiyuddin berkata demikian di sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kecil Majlis Keselamatan Negara di sini, hari ini.
"Itu diputuskan esok, ada sidang COVID yang melibatkan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri itu akan dibincangkan.”
Bagaimanapun, SOP terperinci berkenaan 'full lockdown' ini, jika dilaksanakan, masih belum diketahui secara penuh.
Pada PKP 1.0 yang dilaksanakan pada Mac tahun lalu, semua pergerakan rentas daerah dan negeri dilarang.
Manakala semua syarikat dan premis perniagaan juga tidak dibenarkan beroperasi, kecuali yang dalam sektor kritikal.



No comments: