PERSATUAN ULAMA BOLEH TEGUR- TAPI PAS PERLU LAKSANAKAN...PAS PARTI POLITIK YANG MEMPERJUANGKAN LAWAN JUDI...SEKADAR TEGUR NAK JADI APA LEBAI PAS ???

 

Batal segera kelulusan tambahan cabutan nombor ekor, desak Persatuan Ulama




Abdul Halim Kadir berkata, judi bukan kegiatan sihat untuk rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa. (Gambar Fail)

PETALING JAYA: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa kerajaan membatalkan kelulusan penambahan cabutan khas nombor ramalan daripada lapan kali pada 2020 kepada 22 kali tahun ini.

Yang Dipertuanya, Abdul Halim Abdul Kadir berkata kerajaan seharusnya menghapuskan segala bentuk perjudian bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negara, tanpa mengira agama.

Katanya, ia jelas membawa lebih banyak mudarat kepada rakyat yang akan terpalit dengan kegiatan perjudian dalam kehidupan mereka.

“PUM ingin menyatakan bantahan terhadap perkara ini kerana judi bukanlah sesuatu yang sihat untuk rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa.

“Dari sudut pandang Islam, sudah jelas sekali judi itu, walaupun ada yang diberi lesen oleh kerajaan, hukumnya adalah haram,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menggesa kerajaan negeri mengambil pendekatan sama dengan membanteras segala bentuk perjudian di negeri masing-masing.

“Ini kerana kami mendapat maklum terdapat juga pertambahan bilangan tempat perjudian di negeri-negeri tertentu, sama ada yang diwujudkan secara haram mahupun yang diberikan lesen operasi.

“Marilah sama-sama kita bergerak ke arah membentuk Keluarga Malaysia yang lebih sejahtera dengan menghapuskan judi,” katanya.

Minggu lalu, Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat memaklumkan kerajaan meluluskan cabutan khas bagi semua agensi nombor ramalan kepada 22 kali tahun ini berbanding hanya lapan kali sebelum ini.

Keputusan itu mengundang pelbagai reaksi, terutamanya dalam kalangan pemimpin PAS yang menentang kelulusan berkenaan.

Antara yang lantang bersuara adalah Ketua Sidang Assabiqun (Veteran) PAS Pusat, Mahfodz Mohamed yang mempersoalkan peranan suara pemimpin parti itu di Putrajaya.

Beliau menegaskan menteri PAS perlu sedar, walaupun berada dalam kerajaan, prinsip perjuangan parti dalam menegakkan syiar Islam tidak harus diketepikan.

No comments: