TAKKAN NAK CABAR KETUA GEROMBOLAN KOT....NANTI TERJATUHLAH MARUAH PARTI KERANA JAWATAN DUTA KHAS KE TIMUR TEENGAH AKAN TERBARAI

 


Pemilihan PAS Pusat Nov; Hadi dijangka menang tanpa bertanding





Menurut sumber, muktamar yang juga merupakan tahun pemilihan kali ini akan diadakan secara hibrid iaitu gabungan fizikal dan maya dengan tempat utama adalah di Kuala Terengganu.

PETALING JAYA: Abdul Hadi Awang dijangka kekal sebagai Presiden PAS tanpa dicabar dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS Pusat dan Muktamar Tahunan PAS Ke-67 pada Nov ini.

Bercakap kepada FMT, sumber yang rapat dengan perkara itu berkata, budaya dalam PAS ketika ini lebih harmoni selepas kumpulan yang mencabar Hadi ketika pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 2015 bertindak keluar parti dan membentuk Amanah.

“Kebiasaannya, (jawatan) Presiden tidak dicabar kecuali zaman 2015 apabila berlaku cabaran di peringkat Presiden dan akhirnya kem yang bersama dengan calon Presiden ketika itu (Ahmad Awang) tidak menang dan keluar daripada PAS,” katanya.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, muktamar yang juga merupakan tahun pemilihan kali ini akan diadakan secara hibrid iaitu gabungan fizikal dan maya dengan tempat utama adalah di Kuala Terengganu, Terengganu.

“Hanya Ahli Jawatankuasa Majlis Syura, AJK Pusat dan Pesuruhjaya Negeri akan berada di lokasi muktamar sementara perwakilan yang lain akan mengikuti secara maya di negeri masing-masing,” jelasnya.

Katanya, ketika ini PAS sedang mengadakan mesyuarat agung di peringkat cawangan sementara mesyuarat di peringkat kawasan dijangka bermula pada pertengahan Oktober.

“Awal November pula akan diadakan muktamar dewan-dewan negeri dan seterusnya muktamar tahunan di peringkat pusat,” katanya.

Terdahulu, memetik laporan Harakahdaily, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata parti itu akan mengadakan muktamar tahunan secara norma baru memandangkan Covid-19 masih melanda negara.

Beliau berkata, muktamar dan pemilihan yang akan disertai lebih 1,000 perwakilan itu dijangka berjalan lancar, walaupun diadakan secara maya.

No comments: