MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
DrMAZA.com
menulis supaya TunM supaya mencari redha Allah dalam menamakan pengganti,
secara tak langsungnya DrMaza merujuk DSAI sebagai tidak layak menjadi Perdana
Menteri yang seterusnya. TunM dilantik sebagai PM atas konsensus PH; walaupun
di masa itu DSWA mempunyai majoriti; DSWA tetapi dengan konsensus untuk
melantik TunM sebagai PM ke7. Dan konsensus juga yang menyatakan Perdana
Menteri seterusnya ialah DSAI. Sebagai Mufti DrMaza sepatutnya bi-partisan,
tetapi bila DrMaza mengkritik atas kapasiti Mutfi, DrMaza sendiri telah
mencemari institusi agama.
Kalau betul DrMaza risau pada Islam, boleh sahaja buat pertemuan
3 mata antara DrMaza , TunM dan DSAI; tegur lah di ruang peribadi. Tapi apa
faedahnya menulis di public atas kapasiti mutfi; tidak berani letak penama
seqodar hanya untuk mengadu domba?
Perjanjian Hudaibiyyah yang berat sebelah kepada kafir pun Nabi
Muhammad tidak mungkir, apa rasionalnya TunM di suruh khianat konsensus?
Bukankah khianat itu sifat seorang munafik? Apa kasyaf yang DrMaza nampak
sampai DSAI tidak layak? Mungkin DrMaza boleh kongsikan bersama public, kenapa
DSAI tidak layak menjadi PM.
Adakah ini berdasarkan ilham yang Allah turunkan pada DrMaza
seperti mana ilham yang turun pada TGHH? Nampaknya TGHH dan DrMaza berkongsi
pendapat atas perkara ini. Sepanjang saya ikuti pemikiran dan idealogi DSAI,
saya lihat DSAI punya idea-idea yang segar, dia menyuruh kepada perpaduan
bangsa Malaysia dan amat cakna pada orang miskin. Tidak pula DSAI menyuruh
kepada perkauman sempit dan hanya menyuruh sesuatu kaum untuk mengutamakan
barangan bangsa sendiri macam mana yang di seru mutfi sendiri.
Nak jadi pemimpin politik kena berani dan sebagai permulaan
DrMaza boleh sahaja namakan terang-terang DSAI tidak layak kerana apa. Tak usah
berselindung di balik kiasan. Bila hendak bercerita pasal politik, kena
berpijak pada realiti. Kalau DrMaza rasa DSAI tidak layak kerana tidak
bermoral, siapa calon PM yang bermoral ikut acuan DrMaza? Adakah calon persis
Saddam Hussien? Atau calon tak bermoral yang ada kes pedofilia ( walaupun gugur
sebab saksi tidak mahu teruskan)?
Atau calon yang ada berpuluh-puluh kes mahkamah? Kalau semua ini
tidak layak ikut neraca DrMaza, boleh sahaja DrMaza turun dari kerusi empuk
mutfi dan bertanding di PRK Tanjung Piai atas tiket perpaduan ummah. Kalau
DrMaza menang dan kalau dapat sokongan Ahli dewan Rakyat, DrMaza boleh melobi
untuk jadi PM ke 8. Bila sudah jadi PM ke 8 nanti DrMaza boleh la tunjuk macam
mana Islam acuan DrMaza; mungkin hendak di mulakan dengan mengharamkan aliran
lain selain dari aliran salaf di seluruh Malaysia baru Islam tidak terancam
kan?
Yang pasti kalau PM8 bukan DSAI, PH dan terutama sekali Bersatu
akan terkubur pada PRU15. Mungkin nanti perpaduan ummah akan menang dalan
piliharaya, jika ikut neraca DrMaza , Islam akan jadi kuat kalau UMPAS menang;
tak tahu nak letak MIC dan MCA di mana dalam konteks perpaduan ummah.
Saya tertarik dengan quote Dr Maza
"Jangan sampai kuasa itu jatuh ke tangan si rakus yang
sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kehendak dirinya berkuasa"
"Saya berdoa agar kuasa itu tidak jatuh ke tangan pihak
yang akan merosakkan segala kebaikan dan kerahmatan yang ada. Jika itu berlaku
dengan pilihan seseorang pemimpin sebelum dia pergi, ia merupakan pengakhiran
yang buruk."
Jika Allah sendiri tidak menghukum hambanya atas kesalahan orang
lain atau kesalahan yang belum di lakukan, macam mana DrMaza boleh kata DSAI
rakus dan sanggup mempergadaikan kesemuanya? Adakah DrMaza punyai bukti atas
tuduhan ini? Kalau betul, saya cadangkan DrMaza supaya buat laporan polis atau
pun buat akuan bersumpah; biar semua rakyat Malaysia tahu apa kelemahan DSAI.
Kalau ini hanya suuzon DrMaza seperti mana prasangka DrMaza yang kata Islam
lemah di bawah PH, DrMaza tidak sepatunya membuat kesimpulan sendiri. Kalau
betul DrMaza ada kasyaf, kenapa tahun 2015 DrMaza tidak mahu nasihat DS Najib
supaya pulangkan semula duit 1MDB yang di curi dari rakyat?
Dan sebagai soalan terakhir saya, macam mana DrMaza tahu kalau
DSAI jadi PM ke 8, ianya satu pengakhiran yang buruk? Bukankah pengakhiran
seseorang itu ditakdirkan oleh Allah? Macam contoh DrMaza sendiri, dahulu
DrMaza kata berjuang atas panji kaum adalah assobiyyah dan salah, sekarang ini
DrMaza sendiri berjuang atas panji bangsa dan assobiyyah. Mungkin ini sendiri
cara Allah SWT menunjukkan pengakhiran DrMaza dengan membolak-balikkan hati dan
pamirkan apa yang terhijab selama ini.
Maaf kerana banyak bertanya, orang awam macam saya tidak belajar
tinggi tapi tidaklah sampai b*doh tak bertebing