MGF190719_RETREAT-PIMPINAN-PKR14
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap sesuatu dengan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada retreat pimpinan PKR di Grand Lexis Hibiscus, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 19 JULAI 2019
KUALA LUMPUR – Dakwaan terbaharu serangan seksual melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengubah pendirian Perdana Menteri.
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, janji untuk melantik Presiden PKR itu 
menjadi penggantinya akan ditunaikan.
Bagaimanapun, beliau tidak akan menyerahkan kuasa sebelum Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur pada November tahun
 depan, tetapi boleh berbuat demikian selepas itu.
“Saya berjanji menyerahkan kuasa dan saya akan kotakannya, tetapi saya rasa perubahan segera sebelum sidang APEC akan menimbulkan gangguan.
“Setakat yang saya tahu, saya berundur dan menyerahkan kuasa kepadanya. 
Jika rakyat tidak mahu dia, itu hal mereka, tetapi saya akan kotakan janji saya. 
Tidak kira apa tuduhannya. Saya sudah berjanji, saya akan kotakan janji saya,” 
katanya dalam wawancara bersama REUTERS.