AWAT PULAK TAKIYUDDIN TAK MAU SURUHANJAYA SIASATAN AWAM PUNCA BANJIR- KOT JUMPA TAKUNGAN BUNIAN ATAIH BUKIT KOT-KA TAKUT PECAH LOBANG SEJARAH MB LAMA PUNYA KERJA .???

 


Banjir Baling: Tak perlu suruhanjaya, jabatan teknikal mampu siasat punca, kata Takiyuddin





Siasatan berhubung banjir di Baling dijangka diselesaikan dalam masa
 terdekat memandangkan ia tidak melibatkan kawasan luas, kata
 Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan.
 (Gambar Bernama)

BALING: Tiada keperluan mengadakan Suruhanjaya Siasatan Awam bagi mengenal pasti punca kejadian banjir dan fenomena kepala air di beberapa kampung di daerah ini petang Isnin lalu, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, pelbagai jabatan teknikal yang berkaitan sedang membuat siasatan berhubung perkara itu dan akan membuat “kesimpulan” serta menentukan punca tragedi itu.

“Saya percaya jabatan yang berkaitan sedang mengadakan siasatan di kawasan berkenaan. Sekiranya (punca) berkaitan dengan penanaman semula, ia di bawah Jabatan Perhutanan. Ini kita serah kepada jabatan-jabatan berkaitan untuk melakukan siasatan.

“Jadi tidak perlulah suruhanjaya siasatan dan sebagainya, jabatan kita pun mempunyai kemampuan dan kepakaran yang tersendiri,” katanya dalam sidang media selepas mengunjungi tiga pusat pemindahan sementara dan melawat ke kawasan terjejas bencana banjir di sini hari ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ads by Kiosked

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) agar Kerajaan Kedah mengadakan Suruhanjaya Siasatan Awam bagi mengenal pasti punca tragedi banjir di Baling pada Isnin lepas dan kejadian di Gunung Jerai, Yan tahun lepas.

Takiyuddin berkata pihaknya menjangka siasatan berhubung kejadian di Baling ini akan diselesaikan dalam masa terdekat memandangkan ia tidak melibatkan kawasan yang luas.

Beliau berkata Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan membuat tinjauan di kawasan Gunung Inas, di sini bagi melakukan siasatan dan mencadangkan tindakan yang sewajarnya.

“Sepertimana yang kita buat di Gunung Jerai (sebelum ini), JMG banyak melakukan siasatan berkaitan pengukuhan kawasan lereng yang berisiko dan sebagainya, banyak cadangan teknikal akan diberikan oleh JMG kepada jabatan lain termasuk Jabatan Kerja Raya dan sebagainya,” katanya.

Takiyuddin turut menolak andaian bahawa jabatan-jabatan berkaitan lambat mengenal pasti kawasan yang berisiko berlakunya kejadian yang tidak diingini sehinggalah kejadian itu berlaku.

Katanya kerajaan dan jabatan yang berkaitan memberi keutamaan dan mengambil tindakan di kawasan yang telah dikenal pasti berisiko tinggi untuk berlaku bencana.

No comments: